Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12 Malaysia launch

OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan

Diterbitkan Januari 24, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh Amalina Athman

Siri OnePlus 12 telah pun dilancarkan untuk pasaran global. Ia hadir dengan dua model, iaitu OnePlus 12 dan OnePlus 12R. Lanjutan pelancaran itu, OnePlus Malaysia mengesahkan kehadiran kedua-dua model berkenaan untuk pasaran tempatan mulai 3 Februari 2024.

Berkaitan

  • Siri OnePlus 12 Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Global

OnePlus 12 dan OnePlus 12R masing-masing dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 dan Snapdragon 8 Gen 2.

12-green (1)
12-black (1)

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 12 didatangkan dengan memori 16GB RAM LPDDR5x dan storan 512GB UFS 4.0 pada harga RM4,599. Dua pilihan warna tersedia iaitu Flowy Emerald dan Silky Black.

OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan
OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan

Sementara OnePlus 12R ditawarkan 16GB RAM LPDDR5x dan 256GB  ̶U̶F̶S̶ ̶4̶.̶0̶ UFS 3.1 pada tanda harga RM3,199. Model ini juga hadir dengan dua pilihan warna, iaitu Cool Blue dan Iron Gray.

Bagaimanapun, hanya OnePlus 12 yang akan tersedia bermula 3 Februari 2024, manakala tarikh jualan OnePlus 12R belum lagi dimaklumkan.

Beli produk OnePlus di:

Shopee – https://invl.io/clkmk1i

Lazada – https://invol.co/clkmk1s

Sumber: OnePlus Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY