Baucar Sehingga RM 200 Sempena Jualan HONOR Intelligent Health Week


Bermula 23 Oktober hingga 30 Oktober 2020, HONOR mengumumkan jualan sempena HONOR Intelligent Health Week di laman e-dagang HiHonor.

Anda berpeluang menerima tawaran menarik, hadiah, aksesori dan baucar sehingga RM 200 dengan pembelian peranti HONOR.



Pada awal bulan yang lalu, HONOR Malaysia melancarkan MagicBook Pro dan HONOR Watch GS Pro berharga RM 3,599 dan RM 999.

Kini, anda boleh dapat baucar bernilai RM 50 bagi setiap pembelian peranti tersebut.



Tambahan lagi, dengan setiap pembelian komputer riba, anda akan menerima beg galas HONOR percuma, tetikus Bluetooth dan Magic Earbuds.

Sementara HONOR Sport Pro yang bernilai RM 299 diberikan bagi setiap pembelian HONOR GS Pro.

Selain itu, antara tawaran menarik dalam kempen ini adalah HONOR MagicWatch 2 46mm (Flax Brown) dijual pada harga RM 649.

Jika anda berminat, jangan lepaskan tawaran menarik ini mulai 23 Oktober hingga 30 Oktober 2020 di HiHonor.