Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spesifikasi Honor V40 Didedahkan – Dijana Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz

Spesifikasi Honor V40 Didedahkan – Dijana Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdapat ura-ura yang mengatakan Honor akan melancarkan V40 pada 12 Januari depan yang akan menggunakan paparan dengan kadar segar semula 120Hz.

Terbaru, dikatakan spesifikasi bagi peranti ini telah didedahkan di mana ia akan dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 1000+, skrin berukuran 6.72 inci dengan paparan OLED. Selain itu, kadar pensampelan sentuh adalah sehingga 300Hz.

Peranti yang juga menyokong rangkaian 5G ini dilengkapi 8GB RAM serta storan dalaman 128GB dan 256GB. Malah, ia mungkin akan hadir dengan slot kad mikroSD di mana agak sukar untuk kita lihat dalam mana-mana peranti baharu.

Spesifikasi Honor V40 Didedahkan – Dijana Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz

Bagi kamera pula, ia akan dimuatkan dengan sensor Sony IMX766 dengan kamera utama 50MP atau 64MP. Turut dilengkapi 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Pada bahagian hadapan, terletak dua tetapan kamera swafoto iaitu 32MP utama dan 16MP kamera kedua.

Peranti ini akan hadir dengan bateri sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan dikatakan pengecasan tanpa wayar sehingga 45W.

Walau bagaimanapun, ia masih lagi spekulasi kerana Honor masih belum mendedahkan sebarang maklumat berkaitan peranti ini. Sama-sama kita nantikan apabila ia dilancarkan kelak.

Sumber: mydrivers, mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
©2026 WISER.MY