Siri HONOR 50 Rasmi, Kembalinya GMS Pada HONOR

HONOR baru sahaja melancarkan telefon terpintar baharu, iaitu HONOR 50 dan HONOR 50 Pro serta HONOR 50 SE.

HONOR 50 dan HONOR 50 Pro masing-masing antara peranti terawal yang diberikan janaan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G. Pilihan memori pula adalah 8GB atau 12GB RAM serta storan 256GB pada versi Pro. Sementara versi biasa hanya 8GB RAM dan storan 128GB/256GB.



Rekaannya mirip seperti peranti Huawei dengan skrin melengkung dan kedua-duanya dilengkapi paparan OLED yang menyokong kadar penyegaran 120Hz akan tetapi versi Pro lebih besar, iaitu skrin 6.72 inci. Sementara versi biasa pula 6.57 inci.

Kapsyen: HONOR 50 Pro


Selain itu, pada hadapannya juga versi Pro mempunyai kelebihan kerana lensa swafoto hadir dengan 32MP dan 12MP ultra lebar. Manakala HONOR 50 hanya 32MP sahaja.

Baca juga - Bukan Huawei, Leica Mungkin Akan Kerjasama Dengan Xiaomi

Beralih pada kamera belakang yang menjadi bualan ramai, masing-masing lengkap dengan lensa 108MP utama pada bahagian bulatan atas. Baki 3 lensa pada bulatan bawah menempatkan 8MP ultra lebar dan 2MP bagi makro serta bantuan bokeh (depth).

Kapsyen: HONOR 50


Tambahan lagi, HONOR 50 Pro dibekalkan kuasa 4000mAh dan HONOR 50 4300mAh. Akan tetapi, Pro menyokong pengecasan 100W dan biasa pula 66W.

Bercakap tentang HONOR 50 SE, ia bukanlah "Special Edition" tetapi lebih kepada "Standard Edition" atau boleh kata yang mampu milik.

Kapsyen: HONOR 50 SE


Dari luaran, peranti ini tampak sama. Namun, perbezaan adalah pada skrin berukuran 6.78 inci menggunakan panel LCD, kadar penyegaran 120Hz serta lensa swafoto 16MP.

Lensa belakang pula, modul kamera nampak sama tapi bulatan atas menempatkan 108MP utama dan dibawah ada 8MP ultra lebar serta di tengah terdapat 2MP makro.

Baca juga - Sudah Boleh Pra-Tempah HONOR Siri MagicBook X 14 Dan X 15 Pada Harga Bermula RM2299

Perbezaan lain, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 900 bersama-sama padanan memori 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Bekalan bateri juga adalah 4000mAh dengan pengecasan 66W.

Menariknya, barisan telefon ini menjalankan Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11 dan HONOR mengesahkan bahawa siri ini menerima sokongan GMS. Lebih menarik, ia turut akan ditawarkan di Malaysia.

Baca juga - Telefon Pintar Huawei Diambang Kejatuhan

Buat masa sekarang ia terhadi di China dengan harga jualan adalah bermula 2399 yuan (~RM1540) bagi HONOR 50 SE. Manakala HONOR 50 Pro dan HONOR 50 masing-masing bermula 3699 yuan (~RM2380) dan 2699 yuan (~RM1737).