Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic 3 Series Global Launch Announcement_Key Visual

Siri HONOR Magic3 Bakal Diperkenal Esok, Ada IMAX Enhanced

Diterbitkan Ogos 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri HONOR Magic3 bakal diperkenalkan pada esok, 12 Ogos jam 7:30 malam. Apa yang pasti mengenainya, ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 Plus bersama rangkaian 5G.

Bukan itu sahaja, poster yang dikongsikan juga menyatakan mereka akan menawarkan pengalaman kamera jauh lebih baik. Sebenarnya, ia selari dengan pengumuman mereka sebelum ini.

HONOR baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan IMAX yang mana telefon Magic3 adalah pertama hadir dengan ciri IMAX Enhanced.

HONOR IMAX

Buat pengetahuan, IMAX Enhanced adalah pensijilan untuk produk yang memenuhi kriteria dari IMAX dan DTS yang mana menawarkan kualiti kamera serta audio yang baik.

Setakat ini, produk yang mempunyai pengesahan IMAX Enhanced hanyalah televisyen (TV) dan projektor sahaja.

Jika anda berminat, acara pelancaran ini boleh ditonton menerusi Facebook atau YouTube HONOR Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR, weibo HONOR

Baca juga:

  • Tinjauan Mendapati Lebih Daripada 40% Pengguna iPhone Mahu Memiliki Model Terbaru iPhone 13
  • Siri HONOR 50 Rasmi, Kembalinya GMS Pada HONOR
  • HONOR MagicBook X 15 Secara Rasminya Dilancarkan, Berharga Dari RM2,299.00

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY