HONOR 50 Lite Bakal Tiba Di Malaysia, Mungkin Harga Lebih Murah

Oktober lepas, HONOR 50 secara rasminya tiba buat pasaran tempatan dengan tanda harga RM1699. Kini, sebuah lagi peranti, iaitu HONOR 50 Lite pula yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Walaupun cip yang digunakan belum diketahui tetapi spesifikasi lain telah pun didedahkan. HONOR 50 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 4300mAh bersama-sama pengecasan pantas 66W.

Selain itu, skrinnya dilengkapi paparan 6.67 inci FullView Display. Dari segi kemampuan fotografi, terdapat 4 tetapan kamera dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP bantuan bokeh.



HONOR 50 Lite turut didatangkan storan dalaman 128GB dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna - Deep Sea Blue, Midnight Black dan Space Silver.

Sekiranya anda berminat, peranti ini akan dilancarkan pada 25 November nanti dan dijangka harganya lebih murah serta mampu milik. Berkemungkinan sekitar RM1300 memandangkan ia adalah versi 'Lite'.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga: