Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor V40 Rasmi Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz Dan Kamera Utama 50MP

Honor V40 Versi Global Dilapor Sah Menerima Sokongan GMS

Diterbitkan Februari 24, 2021 ยท Dikemas kini Februari 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu syarikat Honor secara rasmi tidak lagi di bawah naungan Huawei. Seperti diketahui, kesemua peranti Huawei kini tidak menerima sokongan Google Mobile Services (GMS).

Sebelum ini juga, Honor turut dilaporkan akan hadir dengan sokongan GMS menerusi Honor V40.

Laporan terbaru mengenai telefon tersebut menyatakan bahawa Honor V40 versi global mempunyai sokongan GMS.

Telefon ini disahkan melalui kelulusan dari European Economic Community (EEC).

honor v40

Selain itu, Honor sendiri mengatakan yang mana tiada sebab untuk mereka tidak bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat.

Malah, mereka pun sudah menandatangani kerjasama bersama Intel, AMD, Qualcomm, MediaTek dan beberapa syarikat lain.

Bermakna, kita dapat menyaksikan telefon-telefon Honor akan hadir dengan perkhidmatan Google, tidak seperti Huawei.

honor 1

Honor V40 yang dilancarkan pada Januari lalu dilengkapi cip Dimensity 1000+, paparan OLED 120Hz dan kamera utama 50MP.

Dengan penawaran Honor kali ini, pengguna kini sudah mempunyai pilihan lain dalam memiliki telefon pintar.

Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu pelancarannya untuk pasaran global dan menantikan kehadirannya di Malaysia.

Sumber: mydrivers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY