Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR of Kings

iQOO Malaysia Dan UCSI University Anjur Kejohanan Honor of Kings 5v5

Diterbitkan Jun 21, 2023 oleh Amsyar Latif

iQOO Malaysia dengan kerjasama UCSI University dan HiveTec mengumumkan kejohanan Honor of Kings 5v5. Ia terbuka kepada semua warga Malaysia yang mana kejohanan tersebut bakal mengambil tempat pada 24 Jun di UCSI University Cheras Blok G, level 8 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Sebanyak 16 pasukan bakal bertanding dan bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran menerusi pautan INI.

Seperti biasa, dalam 1 pasukan perlu mendaftarkan 5 pemain dan yuran pendaftaran RM25 bakal dikenakan bagi setiap individu. Tambahan lagi, dalam satu pasukan ini juga, perlu mempunyai seorang ahli daripada pelajar UCSI.

iQOO Honor of Kings hadiah

Terdapat 3 hadiah yang ditawarkan buat pemenang:

Johan – wang tunai RM800 + fon telinga sukan wayarles iQOO, iQOO gaming finger sleeves dan iQOO heat clip

Naib Johan – wang tunai RM500 + fon telinga sukan wayarles iQOO, iQOO gaming finger sleeves

Tempat Ketiga – wang tunai RM300 + fon telinga sukan wayarles iQOO, iQOO gaming finger sleeves

Selain itu, kepada semua pemain yang menyertai kejohanan ini juga, anda bakal menerima pelindung skrin potongan laser Fibertech dan kupon diskaun 20% PCU Legacy.

Malah, pemain turut dapat merasai pengalaman menggunakan peranti iQOO Z7 sepanjang kejohanan ini.

Sumber: Siaran Media iQOO

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Intel Buang Huruf "i" Pada Siri Core, Tambah Core Ultra Sebagai Barisan Baru Yang Lebih Berkuasa
  • ASUS ROG Ally Berharga RM3299 Di Malaysia, Boleh Beli Mulai Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY