Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Barisan Komputer Riba Lenovo Aura Edition Baharu Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM4,499

Barisan Komputer Riba Lenovo Aura Edition Baharu Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM4,499

Diterbitkan Februari 13, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Lenovo telah melancarkan barisan komputer riba AI terbaru di Malaysia. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra, ia menawarkan prestasi baik dengan ciri kecerdasan buatan (AI) yang meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan keselamatan pengguna.

Antara model yang diperkenalkan termasuk Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition, ThinkPad X9 Aura Edition, dan ThinkPad X1 Carbon Aura Edition, serta beberapa model lain dalam siri Yoga dan IdeaPad.

Komputer riba Lenovo Aura Edition hadir dengan ‘Smart Features’ yang membolehkan pengguna mengawal tetapan dengan mudah, termasuk mod privasi, penjimatan bateri, dan peningkatan produktiviti. Teknologi ‘Smart Share’ juga membolehkan pemindahan fail antara telefon dan komputer riba lebih pantas.

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition
Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition

Salah satu model utama, Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition, menawarkan bateri tahan lebih 18 jam, skrin 2.8K PureSight Pro, dan reka bentuk ultra nipis hanya 13.9mm. Model ini juga mesra alam dengan bahan kitar semula dalam pembuatannya.

Lenovo ThinkPad X9 Aura Edition
Lenovo ThinkPad X9 Aura Edition

Bagi golongan profesional, ThinkPad X9 Aura Edition hadir dengan kamera HD 8MP, mikrofon dengan pembatal bunyi, dan reka bentuk tahan lasak. Ia juga menampilkan Lenovo AI Now, pembantu AI pintar untuk pengurusan dokumen dan peranti.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon Aura Edition
Lenovo ThinkPad X1 Carbon Aura Edition

Sementara itu, ThinkPad X1 Carbon Aura Edition menampilkan skrin OLED 2.8K Dolby Vision, berat kurang 1kg, dan peningkatan prestasi AI 3X untuk pengalaman lebih pantas dan lancar.

Harga dan ketersediaan

Komputer riba Lenovo AI terbaru ini kini boleh didapati di Lenovo Exclusive Stores, Lazada, dan Shopee dengan harga permulaan berikut:

  • Yoga Slim 7i Aura Edition: Dari RM6,999
  • ThinkPad X9 Aura Edition: Dari RM9,288
  • ThinkPad X1 Carbon Aura Edition: Dari RM9,676
  • Yoga 7i 2-in-1: Dari RM4,499
  • Yoga Book 9i: Dari RM9,999
  • Yoga Slim 9i: Dari RM9,999
  • IdeaPad Slim 5i: Dari RM4,499

Beli produk Lenovo di:

Shopee – https://invl.io/clme4eo

Lazada – https://invol.co/clme4ez

Berkaitan

  • Lenovo Lancar ThinkSystem N1380 Neptune, Penyejukan Cecair Untuk Pusat Data
  • Lenovo Perkenal ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Lenovo Legion Go S Diumum - Hadir Dalam Variasi Windows Dan SteamOS, Harga Bermula RM3,299

Sumber: siaran media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY