Bantuan Sebanyak RM500 Untuk 120,000 Pemandu e-Hailing

Selain daripada menyediakan bantuan internet percuma sebanyak 1GB sehari untuk sepanjang PKP berjalan, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan untuk pemandu e-hailing.

Sejumlah RM60 juta telah diperuntukkan kerajaan untuk disalurkan kepada 120,000 pemandu e-hailing yang terjejas dengan pelaksanaan PKP. Melalui jumlah tersebut, setiap pemandu akan diberikan bayaran RM500 secara one-off bagi mengurangkan beban yang ditanggung.



Terdahulu, didalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi. Ia akan diberikan secara one-off dimana pelaksanaannya akan dimulakan pada 1 April kelak.