Menurut laporan, pesawat Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa penutup mulut dan hidung, kit ujian, kelengkapan perlindungan diri untuk badan dan muka. Bantuan tersebut diterima oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dipertanggungjawabkan untuk mengedar bekalan tersebut.
Sumbangan daripada dua yayasan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow kepada Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.
[embed]https://twitter.com/MY_Airports/status/1243021036863381504[/embed]
Terdahulu, kedua-dua yayasan itu berkata penghantaran tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif bantuan yang telah dijanjikan pada 19 Mac ke empat negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Sejumlah dua juta topeng muka, kit ujian bagi menguji 150,000 orang, 20,000 sut perlindungan dan 20,000 pelindung muka tersebut akan dibahagikan kepada empat negara ini.
Sumbangan yang diberikan ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan Alibaba Foundation dan Jack Ma Foundation untuk menyokong negara-negara di dunia yang paling terjejas dengan krisis COVID-19.
Sumber: BERNAMA
Berkaitan
- Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dilanjutkan Sehingga 22 Mac
- Samsung Mungkin Hadir Dengan Pengecasan Pantas 65W Tidak Lama Lagi
- Akses Tontonan Saluran Percuma Astro Kini Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020
- realme C12 Pula Muncul Dengan Bateri 6000mAh, Mungkin Dilancar Dalam Masa Terdekat
- Huawei Dilapor Membangunkan Sistem Pengecaman Wajah Untuk Mengesan Etnik Uyghur
- Bateri iPhone Dengan iOS 14.2 Dilaporkan Berkurang Sehingga 50% Dalam Masa 30 Minit
- Google Assistant Kini Boleh Bacakan Kandungan Laman Web Untuk Anda
- Rakyat Itali Lebih Banyak Bermain Fortnite Dan Call Of Duty Ketika Perintah Berkurung Covid-19
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299
- iPad Air Kini Secara Rasmi Dijual Di Malaysia, Harga Bermula RM2599