Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
General Images of CIMB Group Holdings Bhd., RHB Capital Bhd. and Malaysia Building Society Bhd As Banks Agree To Proceed With Merger

Bank Terbaik Di Malaysia 2023 Adalah CIMB – Euromoney

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh ariff bukhari

Euromoney telah mengiktiraf CIMB Bank sebagai institusi perbankan terbaik di Malaysia di Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2023.

Euromoney dalam ulasannya menyatakan, hasil yang diperoleh CIMB pada tahun 2022 meningkat sebanyak 7.6% tahun ke tahun, keuntungan bersih sebelum cukai meningkat 38.1% dan pinjaman sebanyak 5.6%. CIMB juga memperoleh bahagian pasaran dalam gadai janji, pinjaman kereta dan kad kredit.

Bank Terbaik Di Malaysia 2023 Adalah CIMB – Euromoney

Euromoney juga menambah, seperti bank Malaysia dan serantau yang lain, CIMB telah melabur banyak dalam penawaran digitalnya. Hasilnya ialah kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 29.4% sejak 2019 dalam bilangan transaksi digital dan CAGR sebanyak 51.7% dalam hasil digital.

Euromoney menyatakan, rangsangan digital CIMB tiba pada masa yang baik kerana bank itu semakin berminat untuk menjadi peneraju dalam pasaran pengurusan kekayaan Malaysia yang semakin berkembang.

CIMB juga mempunyai aplikasi yang baik untuk memenuhi pelanggan di mana ia adalah penting untuk memastikan mereka sentiasa berinteraksi dengan para pelanggan mereka.

Pada akhir 2022, sebanyak 80 peratus pelanggan CIMB aktif secara digital, kerana bilangan pengguna CIMB Clicks yang aktif telah mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 13.9 peratus sepanjang tiga tahun lalu.

Pengguna mudah alih CIMB Clicks juga telah meningkat sebanyak 38 peratus sejak 2020.

Berkaitan

  • Maxis Akhirnya Lancar Pelan 5G, Ini Apa Yang Ditawarkan
  • Apa Status Yoodo Terkini Selepas CelcomDigi Rasmi? Ini Jawapan Ketua Yoodo
  • Astro Bertindak Ke Atas 2 Restoran Selepas Siar Kandungan Cetak Rompak

Sumber: Euromoney, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY