Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
interview yoodo status

Apa Status Yoodo Terkini Selepas CelcomDigi Rasmi? Ini Jawapan Ketua Yoodo

Diterbitkan Ogos 15, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Kami berkesempatan untuk mengajukan beberapa soalan kepada Ketua Yoodo iaitu Chow Tuck Mun. Antara perkara wajib pastinya berkenaan status Yoodo sekarang memandangan Celcom dan Digi sudah bergabung.

interview yoodo status

Celcom Harus Lepaskan Yoodo

Imbas kembali, Axiata dan Telenor setuju untuk menggabungkan kedua-dua jenama Celcom dan Digi di bawah satu syarikat baharu iaitu CelcomDigi Berhad.

Berkaitan

  • Digi-Celcom: Yoodo Perlu Cari Pemilik Baru
  • Yoodo Keluar Kenyataan Berkaitan Gabungan Celcom-Digi
  • Hanya Pelanggan 'High Speed' Boleh Cuba 5G Yoodo
  • Mahu Lanjutkan Tempoh Sah Nombor Hingga 365 Hari? Ini Harganya
  • Mulai 5 Julai 2023, Pengguna Yoodo Perlu Bayar RM5 Untuk Guna 5G

Justeru, SKMM telah meluluskannya dengan beberapa syarat termasuklah Celcom perlu menggugurkan Yoodo dan tidak boleh mengambil pelanggannya secara automatik seperti menyerap mereka sebagai pelanggan Celcom.

CelcomDigi Tamatkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Celcom diberi dua pilihan sama ada menjual Yoodo pada telco lain yang tidak berkaitan dengan CelcomDigi atau langsung menutup operasinya jika gagal. Ia perlu dilakukan dalam 18 bulan selepas gabungan Celcom-Digi dibentuk.

Jawapan Daripada Yoodo

Jadi, kami pun tanya Ketua Yoodo, apakah status syarikat itu sekarang selepas beberapa bulan CelcomDigi sudah rasmi pada pengguna?

CelcomDigi secara rasmi beroperasi pada Disember 2022.

Menurutnya, Yoodo masih lagi sebahagian daripada CelcomDigi buat masa ini.

Beliau tidak boleh memberikan komen lanjut tentang “perpisahan” yang ini namun akan membuat pengumuman apabila bersedia untuk berkongsi perkembangan baharu.

yoodo mock

Dalam waktu itu, Yoodo akan terus melancarkan produk baharu, ciri, kempen dan ganjaran pada pengguna.

Beberapa jawapan pada soalan lain akan kami kongsikan dalam artikel akan datang.

Pendapat

Secara peribadi, saya melihat Yoodo sudah mempunyai imej yang kukuh terutamanya dalam kalangan anak muda.

Dari segi perkhidmatan juga, saya sukakan Yoodo kerana proses pendaftarannya yang sungguh cepat, hanya melalui aplikasi.

Jika ada telco lain yang mahu ambil alih, memberi kebebasan pada Yoodo untuk terus memasarkan produk mereka dengan cara sekarang juga mungkin masih mampu memberi penjanaan wang yang sihat.

Jadi, apa jangkaan anda dengan masa depan Yoodo kelak?

Gambar asal: Salty News Network

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY