Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Monetary Authority Singapore MAS

Singapura Cadang Bank, Telco Perlu Bayar Balik Kerugian Mangsa ‘Scam’

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh Amalina Athman

Institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi (telco) di Singapura mungkin perlu membayar pampasan kepada pelanggan mereka yang telah menjadi mangsa scam atau penipuan, sekiranya didapati gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya.

Berkaitan

  • Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam
  • Scammer Sekarang Makin Canggih, Guna AI Tipu Mangsa

Di bawah cadangan Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF), tanggungjawab yang ditetapkan termasuk keperluan pihak bank untuk menghantar makluman transaksi keluar kepada pengguna serta keperluan telco melaksanakan penapisan penipuan untuk SMS.

Sebagai permulaan, rangka kerja itu akan menumpukan pada penipuan pancingan data (phishing) yang menyumbang “untuk sebahagian besar transaksi tidak dibenarkan” di negara itu.

Bagaimanapun, SRF menggariskan beberapa jenis penipuan yang tidak dilindungi atau memerlukan pendekatan yang berbeza. Antaranya termasuk:

  • penipuan yang mana mangsa sendiri membenarkan/mengesahkan pembayaran kepada scammer, contohnya pembayaran penipuan pelaburan atau love scam.
  • penipuan di mana pengguna telah ditipu untuk memberikan maklumat perbankan kepada penipu secara terus melalui mesej teks, panggilan telefon atau bersemuka.
  • Jenis penipuan transaksi tanpa kebenaran yang tidak melibatkan pancingan data.
  • Penipuan melalui perisian hasad.

Ini adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dalam kertas perundingan pada 25 Oktober, mengenai bagaimana kerugian yang berpunca daripada penipuan akan dikongsi antara syarikat dan pengguna.

Menurut MAS, rangka kerja yang dicadangkan itu bertujuan untuk memperkukuh tanggungjawab langsung antara pihak bank dan telco kepada pengguna. Kegagalan berbuat demikian akan menjadi titik permulaan untuk menentukan pihak yang perlu bertanggungjawab atas kerugian tersebut.

Sementara itu, MAS dan IMDA mempelawa pihak yang berminat untuk mengemukakan pendapat mengenai cadangan tersebut sebelum 20 Disember 2023.

Sumber: Penguasa Kewangan Singapura (1, 2), CNA

Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY