Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube hacked

Saluran YouTube Linus Tech Tips Digodam Oleh ‘Scammer’ Kriptowang

Diterbitkan Mac 24, 2023 ยท Dikemas kini Mac 24, 2023 oleh Amalina Athman

Saluran YouTube popular Linus Tech Tips (LTT) yang mempunyai lebih 15.3 juta subscriber dilapor telah digodam oleh scammer kriptowang. Ketika ini, saluran YouTube tersebut telah pun diturunkan.

Berkaitan

  • YouTube Uji Penstriman Video '1080p Premium', Tapi Terhad Untuk Pelanggan Berbayar
  • YouTube Buang Iklan Berbentuk 'Overlay' Mulai April
  • Seorang YouTuber Belanja Lebih RM100K Borong Semua 'Games' Wii U Dan 3DS

Difahamkan, penggodam telah menggunakan saluran YouTube LTT untuk mempromosikan penipuan mata wang kripto, dengan menukar saluran kepada nama Tesla dan memuat naik video Elon Musk yang mengarahkan penonton ke laman web ‘scam’.

Linus Tech Tip

Selain Linus Tech Tips, dua saluran lain iaitu Tech Quickie dan Tech Linked turut terjejas dalam siri penggodaman itu. Tidak dapat dipastikan bagaimana saluran itu boleh digodam, akan tetapi pemilik Linus Media Group, Linus Sebastian telah sedia maklum mengenai situasi berkenaan.

Menerusi kenyataan beberapa jam lalu, Linus berkata pihaknya kini telah berhubung dengan pasukan Google bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY