Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

Diterbitkan Januari 22, 2023 · Dikemas kini Januari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilapor telah menyekat 1.8 bilion nombor telefon yang digunakan oleh ‘scammer‘ dari 2017 hingga 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diketahui setelah hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC serta beberapa pihak lain.

Berkaitan

  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Data Peribadi
  • TM Maklumkan Bahawa E-Mel "Bonus Hadiah Keluarga" Ialah Palsu

Jelasnya, sejak 2018 pula sebanyak 300 juta nombor telefon scammer menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang, namun kes penipuan itu masih berlaku.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk membuat laporan jika menjadi mangsa penipuan, supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.

Gambar utama: Telecom Review Asia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY