Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ATLAS Muamalat

Bank Muamalat Lancar ATLAS – Bank Digital Patuh Syariah

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amalina Athman

Bank Muamalat hari ini melancarkan ATLAS by Bank Muamalat (ATLAS), bank digital sepenuhnya (digital-only bank) dengan ciri patuh Syariah.

ATLAS dibangunkan dengan sokongan teknologi Backbase, penyedia platform perbankan global berasaskan kecerdasan buatan (AI). Ia beroperasi sebagai Bank Digital di bawah lesen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Melalui platform ini, ATLAS menawarkan pengalaman perbankan digital merangkumi proses pendaftaran yang lancar, integrasi DuitNow, pembiayaan patuh Syariah serta perkhidmatan tersuai.

“ATLAS bukan sekadar bank digital. Ia adalah interpretasi semula perbankan Islam untuk era moden, berdasarkan nilai, gaya hidup dan aspirasi pelanggan,” kata Khairul Kamarudin, Presiden & CEO Bank Muamalat.

Pihak bank memaklumkan sejak fasa perintis, platform ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Ia membolehkan pelancaran produk baharu dilakukan dengan lebih pantas serta memudahkan proses pendaftaran pelanggan baharu.

Dalam masa terdekat, ATLAS juga akan memperluaskan lagi penawarannya dengan memperkenalkan kad debit dan kredit digital, pembiayaan peribadi fleksibel serta akaun pelaburan emas patuh Syariah. Semua produk ini akan diintegrasikan terus ke dalam platform.

Program ganjaran

Untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan, ATLAS turut memperkenalkan program ganjaran unik yang membolehkan pengguna menikmati tawaran gaya hidup eksklusif daripada jenama dan rakan strategik terpilih merentasi pelbagai industri.

Bagi yang berminat, anda boleh muat turun aplikasi ATLAS Muamalat di Apple App Store.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • GXBank Hadkan Pengecualian Caj ATM, Tumpu Ganjaran Bayaran QR Mulai Mei Ini
  • Sehingga Disember, AEON Bank Tawar Pengeluaran Tunai Di ATM Tanpa Caj
  • Aplikasi GO by Bank Islam Akan Ditamatkan 28 Jun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY