Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
go by bank islam

Bank Islam Sedar Isu Aplikasi Dihadapi Pengguna, Pembaikan Sedang Dijalankan

Diterbitkan Ogos 10, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 10, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada aduan pelanggan Bank Islam terhadap aplikasi perbankan bank itu, pihak Bank Islam Malaysia Berhad memaklumkan bahawa mereka sedar akan isu yang dihadapi.

Menjawab aduan pengguna di laman Facebook rasmi mereka, mereka menyatakan aplikasi GO by Bank Islam (GO) boleh diakses tetapi bagi sesetengah pengguna, mereka mungkin akan menghadapi gangguan perkhidmatan dari masa ke semasa.

Ekoran itu, pihak Bank Islam menasihatkan pelanggan mereka mencuba semula akses ke atas aplikasi di telefon pintar mereka dari semasa ke semasa.

Atau sebagai alternatif, pihak bank itu meminta pelanggannya untuk log masuk melalui laman sesawang rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz/.

Menjelaskan isu aplikasi mereka, Bank Islam memaklumkan isu itu adalah lanjutan daripada keluaran versi aplikasi terkini 3.2.08 yang memberi tekanan kepada sistem dan menjejaskan maklum balas GO.

Pelbagai langkah diambil untuk memastikan pengalaman perbankan anda lebih baik dan lancar termasuk mengoptimumkan lagi kod dan mempertingkatkan prestasi aplikasi.

Pihak Bank Islam menyatakan mereka amat menghargai kesabaran dan keprihatinan pelanggan mereka dan kesal atas kesulitan yang dialami.

bank islam isu

Berkaitan

  • Bank Islam, Sila Perbaiki Aplikasi Go Dengan Segera Dan Serius
  • Aplikasi GO, Perbankan Internet Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan
  • 2 Individu Didenda RM40 Ribu Jual 'Android Box' Dengan Kandungan Astro Secara Haram

Sumber: Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY