Bagaimana Teknologi 5G Membawa Perubahan Dalam Komuniti?

Langkah yang diambil untuk beralih kepada rangkaian 5G atau generasi kelima sistem selular akan mengubah prestasi dan kelajuan rangkaian internet. Bagi menyelaraskan harapan kerajaan untuk beralih kepada 5G secara menyeluruh menjelang tahun 2023, beberapa syarikat dan perniagaan telah meninjau teknologi 5G sejak 2017, dengan syarikat yang sudah bersedia menjalin kerjasama antara satu sama lain.

Selaras dengan pengumuman kerajaan Malaysia mengenai manfaat 5G kepada ekonomi, infrastruktur dan komuniti, keberkesanan 5G masih dipersoalkan oleh orang awam. Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa penambaikan atau peningkatan yang dapat dilihat dalam komunti dari segi keberkesanan dan produktiviti.

1. Peningkatan Kelajuan


Teknologi 5G

Dengan peningkatan prestasi transmisi 5G, ia adalah 5-10 kali ganda berbanding rangkaian 4G, dimana dapat meningkatkan kelajuan rangkaian bagi pengguna umum. Selain itu, stesen pangkalan data 5G turut menyokong ciri-ciri Multiple-Input Massive Multiple Input (MIMO).

Oleh yang demikian, rangkaian tanpa wayar membolehkan pemindahan dan penerimaan lebih dari satu isyarat data secara serentak melalui saluran radio yang sama. Seterusnya, peningkatan dalam kelajuan internet ini akan mengubah kualiti dan bentuk kandungan yang diterima.

2. Peningkatan Sambungan Internet


Antara penambahbaikan yang dibawa oleh rangkaian 5G ialah dapat menyokong sehingga sejuta peranti setiap kilometer persegi berbanding 4G yang hanya menyokong sehingga 100,000 peranti setiap kilometer persegi. Peranti ini juga tidak terhad kepada telefon pintar tetapi termasuk peranti rumah pintar, peralatan pemantauan, peranti IoT dan sebagainya.



Ia akan mempercepatkan penggunaan “Internet of Things”, "rumah pintar", "komuniti pintar", "kilang pintar" dan "Bandar pintar". Dalam pada itu, telefon pintar dilihat sebagai saluran yang dapat menghubungkan manusia dan alam semesta. Apabila rangkaian 5G digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, kapasiti penggunaan telefon pintar juga akan meningkat dengan ketara.

3. Peningkatan Data


Caj tarif telekomunikasi yang tinggi dapat dikurangkan apabila penggunaan 5G semakin meluas. Dengan itu, pelbagai video yang tidak dapat diakses sebelum ini disebabkan oleh caj tarif yang tinggi akan segera tersedia. Misalnya, pada awal era 4G, aplikasi video pendek tidak tersedia. Namun, aplikasi tersebut semakin popular selepas pengurangan kos tarif 4G.

Pada masa akan datang, dengan jumlah kos komunikasi yang sama, kita mungkin akan dapat merasai data internet berkelajuan tinggi sehingga 10 ke 20 kali ganda atau tanpa had yang akan mengubah cara kita menggunakan internet dengan lebih baik.

4. Penambahbaikan Latensi




Rangkaian 5G juga mempunyai URLLC (Ultra-Reliable Low-Latency Communication), iaitu isyarat yang sebelum ini memerlukan saluran khusus untuk memindahkan data. Kini, dengan sokongan 5G, ia menawarkan pemindahan dengan lebih cepat dan lebih rendah latensi. Setiap 10 saat pengurangan latensi akan memberikan peningkatan yang besar. Dengan fungsi ini juga, kita dapat mengawal peralatan dan pengkomputeran awan dengan menggunakan rangkaian 5G.