Avatar: Reckoning, 'Game' MMO Akan Hadir Untuk iOS Dan Android

Masihkah anda ingat filem Avatar? Kalau anda merinduinya, tidak perlu risau kerana permainan Avatar: Reckoning merupakan sebuah permainan terbaru buat semua platform dan akan dilancarkan tahun ini.

Menariknya lagi, permainan tersebut turut akan ditawarkan untuk telefon pintar iOS dan Android. Selain itu, Avatar: Reckoning merupakan permainan bergenre MMORPG Shooter. Jadi, ia lebih menarik apabila anda bermain dengan rakan-rakan.

Melalui permainan video itu, pemain akan mencipta watak sendiri, membuat pemilihan senjata dan bermain misi single-player story. Tambahan lagi, ciri multipemain (multiplayer) turut ditawarkan sama ada bermain bersama rakan (co-op) dan juga mod PvP.

Menurut pembangunnya Archosaur Games, walaupun agak susah nak mainkan pada telefon pintar tetapi permainan ini memang dioptimumkan untuk skrin boleh sentuh di telefon.

Bagaimanapun, buat masa sekarang belum ada lagi video Avatar: Reckoning dari telefon pintar. Akan tetapi, ujian tertutup (closed beta) dijangka bermula di Kanada pada bulan ini.

Sumber: polygon

Baca juga: