Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tol highway plus rfid

Ramai Tak Setuju Kos Stiker RFID Sehingga RM35 Sekeping

Diterbitkan Januari 19, 2022 · Dikemas kini Januari 19, 2022 oleh Meor Hasyim

Demi memperkenalkan sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) iaitu pembayaran tol tanpa plaza, kerajaan mula mengimplementasi sistem pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Untuk memiliki stiker RFID yang dilekat pada kenderaan, kosnya adalah pada RM35 sekeping.

Pun begitu, ada yang mempersoalkan kenapa kos stiker itu dijual pada harga yang ‘tinggi’.

Ramai Tak Setuju Kos Stiker RFID Sehingga RM35 Sekeping

Menerusi perkongsian dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mendakwa kos pelekat RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping, seterusnya mempertikaikan mengapa ia dijual pada harga RM35 sekeping.

 Tambahannya lagi, pelekat RFID ini sepatutnya diberikan percuma kepada setiap pelanggan Touch ‘n Go kerana kos yang rendah dan sebenarnya percuma dari tahun 2018 hingga Februari 2020.

Beliau juga turut mempersoalkan adakah syarikat Touch ‘n Go atapun PLUS akan memberikan rebat untuk pemilik Smart Tag yang tidak berfungsi, sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID.

Perkongsian beliau kemudiannya mendapat persetujuan dari rata-rata pengguna media sosial dan kemudiannya mahu tindakan untuk menyelesaikan isu ini.

Buat masa ini tiada penjelasan dari pihak Touch ‘n Go atau PLUS untuk menjawab isu kos RFID ini.

Sumber: Facebook, Kosmo

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta
  • Ramai Belum Beralih Ke RFID Kerana Kurang Pencerahan
  • Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY