Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
free fire

Pembangun PUBG Mahu Saman Garena, Apple Dan Google Sebab Free Fire

Diterbitkan Januari 17, 2022 oleh Amsyar Latif

Pembangun permainan popular PUBG, Krafton kini dilaporkan sedang dalam proses untuk menyaman syarikat yang berasal dari Singapura – Garena. Semua ini adalah berpunca daripada permainan Free Fire.

Bukan itu sahaja, Krafton juga ingin menyaman Apple dan Google kerana “berpakat” dalam mengedarkan permainan tersebut di gedung mereka menerusi App Store dan Play Store.

Krafton mengambil serius perkara ini kerana mereka menyatakan Free Fire dan Free Fire Max meniru bulat-bulat permainan PUBG. Tambahan lagi, Garena juga menerima pendapatan yang sangat tinggi dari Free Fire. Apple dan Google juga tidak terkecuali menikmati pendapatan tersebut.

PUBG vs Free Fire 3

PUBG vs Free Fire 4

Antara hujah yang dilontarkan Krafton adalah Free Fire meniru banyak sangat elemen PUBG. Sebagai contoh ciri ‘air drop’, struktur serta corak permainan, pemilihan senjata, objek, lokasi, ‘red zone’ dan banyak lagi.

PUBG vs Free Fire 1
PUBG vs Free Fire 2

Walaupun pada tahun 2017 terdapat dakwaan mengatakan isu hak cipta ini telah selesai tetapi nampaknya tidak benar.

Oleh itu, berdasarkan saman yang sedang dilakukan, Krafton meminta Garena, Apple dan Google menghentikan penjualan Free Fire. Mereka turut meminta mahkamah untuk menyekat jualan Free Fire dan mahukan pampasan.

Jika diikutkan, Krafton berasa tidak puas hati memandangkan mereka menganggap bahawa PUBG merupakan perintis populariti permainan genreĀ battle royale. Selepas PUBG di PC mencipta fenomena dunia, banyak pembangun yang mengikuti jejak langkah dalam menawarkan permainan sebegitu.

Sumber: reuters, xda

Baca juga:

  • Lepas 4 Tahun, PUBG Kini Boleh Dimainkan Secara Percuma

  • Take-Two Beli Pembangun FarmVille, Mungkin Nanti Ada GTA Online Mobile

  • Tencent Bakal Beli Black Shark, Persediaan Untuk Metaverse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY