Google hari ini turut memperkenalkan pelan langganan AI terbaru bernama “AI Ultra” yang menawarkan akses penuh kepada model AI tercanggih dengan harga $249.99 (~RM1069) sebulan. Pelan ini menyediakan had penggunaan tertinggi untuk semua aplikasi AI Google, termasuk Gemini, NotebookLM, Whisk dan Flow – alat penghasilan video berasaskan AI yang dibangunkan menggunakan model Google DeepMind (Veo,…
Pengarang: Amalina Athman
Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera
Pada acara I/O 2025, Google mengumumkan ciri Gemini Live dengan sokongan kamera dan perkongsian skrin kini tersedia secara percuma untuk semua pengguna Android dan iOS. Untuk makluman, ciri ini sebenarnya telah ditawarkan kepada pengguna Android sejak April lalu, dan kini diperluaskan secara berperingkat kepada pengguna iOS bermula hari ini. Melalui sokongan kamera, pengguna boleh menunjukkan…
Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS – Ini Fungsi Menariknya
Menjelang acara I/O 2025, Google kini melancarkan aplikasi mudah alih NotebookLM untuk pengguna Android dan iOS. Bagi yang belum tahu, NotebookLM merupakan aplikasi nota pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) daripada Google. Ia menggunakan model bahasa raya (LLM) untuk membantu pengguna menyimpan, menyusun, dan fahamkan nota atau maklumat dengan lebih mudah dan pantas. Versi mudah…
Snapdragon Summit 2025 Diadakan Lebih Awal – Ini Maksudnya Untuk Telefon ‘Flagship’
Biasanya, Qualcomm akan mengumumkan cip pemproses utama untuk telefon Android generasi terbaru pada acara Snapdragon Summit di Hawaii setiap tahun. Sebelum ini, ada desas-desus tentang pelancaran yang lebih awal, dan kini syarikat itu mengesahkannya secara rasmi. Semasa pembentangan di acara Computex 2025, CEO Qualcomm Christiano Amon mengesahkan bahawa Snapdragon Summit 2025 akan berlangsung dari 23…
Xiaomi Sahkan Cip XRING O1 Guna Proses 3nm, Labur Lebih RM8 Bilion
Xiaomi kini mengesahkan cip SoC telefon pintar yang direka dan dibangunkannya sendiri, iaitu XRING O1, akan menggunakan proses 3nm generasi kedua (N3E) TSMC. Difahamkan, projek XRING O1 melibatkan pelaburan besar dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kini melebihi 2,500 orang. Sepanjang lebih empat tahun, sehingga akhir April tahun ini, jumlah pelaburan dalam pembangunan cip…
Kononnya Boleh Tolong Dapat Balik Duit, Rupanya Satu Lagi ‘Scam’
Alami kerugian akibat penipuan dalam talian memang menyakitkan. Namun, lebih parah apabila ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk menipu sekali lagi. Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan satu iklan palsu di Facebook, yang mendakwa mampu membantu mendapatkan semula wang yang…
