Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scam alert_3

Kononnya Boleh Tolong Dapat Balik Duit, Rupanya Satu Lagi ‘Scam’

Diterbitkan Mei 19, 2025 · Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh Amalina Athman

Alami kerugian akibat penipuan dalam talian memang menyakitkan. Namun, lebih parah apabila ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk menipu sekali lagi.

Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan satu iklan palsu di Facebook, yang mendakwa mampu membantu mendapatkan semula wang yang ditipu.

Iklan tersebut turut memaparkan logo rasmi PDRM serta perkataan “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

iklan scam_1
Iklan palsu

Walau bagaimanapun, JSJK PDRM menafikan sebarang kaitan dengan iklan itu dan menegaskan bahawa pihaknya tidak menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Pengguna turut dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian. Jika menjadi mangsa penipuan atau mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk bantuan segera.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%
  • Imbas Kod QR, Rugi Ribuan Ringgit — Ini Bagaimana 'Scam' QR Berlaku
  • Jaga-Jaga Iklan Kerja ‘Mudah Dapat Duit’ – Ini 4 Jenis 'Job Scam' Popular Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY