Pembangunan ‘International Space Port’ di Pahang dijangka siap seawal tiga hingga lima tahun akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib. Beliau berkata tapak pelancaran roket antarabangsa pertama di Asia Tenggara itu dijangka mewujudkan 2,350 peluang pekerjaan selain memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan dan peluang…
Pengarang: Amalina Athman
Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM
Sekurang-kurangnya tiga model dalam siri iPhone 17 akan hadir dengan 12GB RAM, menurut penganalisis Apple Ming-Chi Kuo. Dalam satu hantaran terbaru, Kuo menjangkakan iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max akan dilengkapi 12GB RAM. Sebelum ini, Kuo berpendapat kapasiti RAM sebesar itu hanya eksklusif untuk model paling premium, iaitu iPhone 17…
Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah
Threads di web kini beralih ke domain baharu, di mana pengguna boleh mengakses rangkaian sosial milik Meta itu melalui Threads.com, menggantikan alamat asal Threads.net. Ia dilihat sebagai langkah memudahkan pengguna mencari laman web Threads, memandangkan trafik ke aplikasi pemesejan lain bernama”Threads.com” pernah melonjak selepas pelancaran platform tersebut. Meta memperoleh domain “Threads.com” pada September lalu, namun…
Yahoo Turut Berminat Ambil Alih Chrome
Syarikat internet Yahoo Inc, menyatakan bahawa ia berminat untuk membeli pelayar web Chrome sekiranya mahkamah mengarahkan Google untuk menjualnya sebagai penyelesaian terhadap monopoli haram. Brian Provost, pengurus besar Yahoo Search, memberi keterangan pada Khamis semasa perbicaraan Google bahawa syarikatnya menganggarkan harga jualan pelayar tersebut bernilai puluhan bilion dolar. Yahoo melihat pemilikan pelayar web sebagai saluran penting…
Netflix Perkenal Pilihan Sari Kata Hanya Untuk Dialog
Netflix kini memperkenalkan pilihan sari kata (subtitle) baharu yang memaparkan hanya dialog yang dituturkan. Sebelum ini, sekiranya pengguna ingin mengaktifkan sari kata dalam bahasa asal, mereka perlu memilih Sari Kata untuk Orang Pekak dan Kurang Pendengaran (SDH/CC), yang turut memaparkan petunjuk audio seperti “[telefon bergetar]” atau “[muzik dramatik semakin kuat]”, serta nama penutur. Dengan penambahan…
600 Unit Kamera Badan Untuk Pegawai Imigresen – Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan 600 unit kamera badan untuk kegunaan pegawai imigresen dalam usaha meningkatkan integriti dan ketelusan agensi berkenaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu merupakan respons kepada kebimbangan yang disuarakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai isu integriti dalam perkhidmatan imigresen. Dato’ Seri (Perdana…
