Astro hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi Amazon Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box. Dengan sokongan aplikasi Prime Video, pengguna kini boleh mendapat akses mudah kepada pelbagai kandungan, termasuk daripada Amazon Original, filem pecah panggung serta siri TV, melalui platform Astro. Semua pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan…
Pengarang: Amalina Athman
Rahsiakan ‘Chat’ Anda, WhatsApp Kini Halang Eksport Perbualan
Mula dilaporkan sejak awal April, WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai “Advanced Chat Privacy” atau Privasi Sembang Lanjutan. Tetapan baharu ini tersedia dalam kedua-dua sembang (chat) individu dan berkumpulan, yang bertujuan menghalang perkongsian kandungan mesej di luar WhatsApp. Untuk menghidupkan ciri ini, hanya perlu klik nama sembang individu atau berkumpulan. Kemudian, klik “Advanced Chat…
Intel Dilapor Akan Kurangkan Lebih 20% Tenaga Kerja
Intel Corp dijangka mengumumkan rancangan untuk mengurangkan lebih 20% tenaga kerjanya pada minggu ini, sebagai langkah untuk menghapuskan birokrasi di syarikat pengeluar cip itu. Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber terdekat, langkah itu adalah sebahagian daripada pelan penyusunan semula pengurusan dan usaha membina semula budaya syarikat yang berpaksikan kejuruteraan. Ia bakal menjadi penstrukturan berskala besar…
Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Mulai Mei Depan
foodpanda akan menghentikan operasi platform, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit di Thailand mulai 23 Mei 2025, menurut pengumuman rasmi syarikat induknya, Delivery Hero, pada Rabu. Keputusan itu selari dengan strategi global Delivery Hero yang kini memberi tumpuan kepada “pengoptimuman geostrategi syarikat”, seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini menerusi penamatan operasi di beberapa negara lain…
Max Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
Mengikut jejak langkah Disney+ dan Netflix, Max kini memperkenalkan bayaran tambahan untuk perkongsian akaun di luar isi rumah, bermula untuk pasaran Amerika Syarikat. Dalam pengumuman rasmi oleh Warner Bros. Discovery (WBD), ciri tambahan “Extra Member” atau Ahli Tambahan ini membolehkan pemilik utama akaun Max berkongsi langganan dengan menjemput rakan atau ahli keluarga yang tidak tinggal serumah…
OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual
OpenAI dilaporkan berminat untuk membeli pelayar web popular, Chrome, sekiranya Google diperintahkan untuk menjual aset tersebut. Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Produk OpenAI Nick Turley semasa perbicaraan fasa “pemulihan” dalam perbicaraan kes antitrust antara Google dan kerajaan Amerika Syarikat, yang kini sedang berlangsung. Pada tahun lalu, mahkamah memutuskan bahawa Google memiliki monopoli haram dalam pasaran carian,…
