Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Audi Q7-Launch-PressRelease

Audi Pilih Malaysia Pasang SUV Q7 S Line, Pertama Di Asia Tenggara

Diterbitkan Mei 8, 2025 · Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh ariff bukhari

Audi hari ini di Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang. mengumumkan pemasangan tempatan pertama SUV mereka di Malaysia menerusi model Q7 S Line.

Ia sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara Asia Tenggara pertama memasang SUV premium mewah Audi ini.

SUV ini dikuasakan enjin V6 3.0L TFSI yang menghamburkan tork setinggi 500Nm dan kuasa maksimum sehingga 340PS yang membolehkannya memecut dari 0 ke 100km/j hanya dalam masa 5.6 saat.

Kelajuan maksimumnya pula adalah 250km/j.

Ia juga merupakan SUV dengan sistem mild-hybrid berkuasa 48V yang berupaya meningkatkan kecekapan bahan api & mengurangkan emisi.

Press Release – Audi Q7 – 1280×960-2
Q7 S Line dilengkapi Audi Virtual Cockpit Plus dengan skrin 12.3 inci, paparan HUD & Bang & Olufsen 3D Sound, Audi Connect, pengecasan tanpa wayar, sokongan Apple CarPlay & Android Auto wayarles.
Press Release – Audi Q7 – 1280×960-3
Q7 S Line menampilkan Audi Drive Select melalui transmisi Tiptronic 8-kelajuan dengan 7 mod pemanduan untuk pelbagai keadaan jalan.

Antara ciri-ciri utamanya yang lain adalah seperti sistem suspensi udara Adaptif Sport yang boleh dinaikkan 60mm di laluan tidak rata & direndahkan 30mm di lebuh raya serta pacuan quattro.semua roda (AWD) yang  meningkatkan lagi kelincahan & kestabilan pada pelbagai kelajuan.

Audi Q7 S Line ini hadir dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun tanpa had perbatuan, atau membeli  Pakej Jaminan Audi (AAP) berharga RM20,000 untuk tambahan jaminan lagi 3 tahun atau 150,000km.

Audi Q7 Side view
Audi Q7 S Line dipadankan dengan rim 22 inci dan saiz tayar 285/35.
Audi Q7 Rear View

AAP turut merangkumi servis penyelenggaraan 5 tahun/75,000km & bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun.

Tersedia dalam 4 pilihan warna menarik, Glacier White, Waitomo Blue, Mythos Black (metalik) & Daytona Grey (mutiara), harga jualan model CKD Audi Q7 S Line adalah bermula RM459,990.

Lihat lebih dekat Audi Q7 S line yang akan membuat penampilan pertama pada acara Malaysia Autoshow 2025 yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Mei di MAEPS Serdang.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pakai EV, Jimat Sampai RM33 Ribu – Kajian Ini Tunjuk Kenapa
  • DJI Acah Imej Mavic Terbaru, Bakal Dilancar Pada 13 Mei Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY