Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asus ZenFone Max Plus Muncul Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Asus ZenFone Max Plus Muncul Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan Disember 7, 2017 oleh Wiser MY

Asus Malaysia akan melancarkan peranti telefon pintar mereka, ZenFone Max Plus di pasaran tempatan. Peranti tersebut membawa rekaan tahun 2017 dengan menampilkan bingkai nipis dan dwi kamera di bahagian panel belakang.

ZenFone Max Plus akan menampilkan cip pemprosesan Mediatek MT6750T (1.5 GHz Cortex-A53) dan cip grafik Mali-T860MP2. Ruang simpanan memori ditawarkan dalam dua pilihan iaitu 2GB/3GB RAM dan 16GB/32GB ROM.

Untuk dwi kamera mereka pula, mereka menggunakan kamera 16 MP (f/2.0) + 8 MP dan kamera depan pula 8 MP (f/2.0). Peranti ini akan disertakan bateri berkapisiti 4,130 mAh memastikan penggunaan seharian dapat dicapai.

Jemputan rasmi telah diedarkan kepada wakil media tempatan dan nantikan butiran lebih terperinci mengenai peranti tersebut minggu hadapan.

unnamed (1)

Pihak Asus Malaysia juga mengadakan peraduan untuk meneka harga peranti Zenfone Max Plus dan berpeluang memenangi peranti ini. Peraduan mereka di SINI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
©2026 WISER.MY