Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog phone 3

ASUS ROG Phone 3 Dengan Snapdragon 865+ Diumumkan – 144Hz, 6000mAh Dan Sehingga 16GB RAM

Diterbitkan Julai 23, 2020 · Dikemas kini Julai 23, 2020 oleh Meor Hasyim

ASUS kini telah melancarkan peranti ASUS ROG Phone 3. Peranti ini telah berbulan lamanya menjadi bualan dan baru hari ini ia diumumkan secara rasmi.

Sebagai sebuah peranti gaming, ia memfokuskan kepada spesifikasi terbaik yang boleh diletakkan untuk sebuah peranti. Ia hadir dijana cip Snapdragon 865+ yang membawakan prestasi CPU grafik 10% lebih pantas berbanding Snapdragon 865.

Untuk paparan, jelas ROG Phone 3 ini bukanlah peranti yang kecil dengan skrin 6.59 inci. Apa yang menarik adalah ASUS mendakwa ia merupakan panel dengan latensi 1ms. Selain itu, ia adalah AMOLED dan menyokong kadar segar semula 144Hz. Untuk input pula, latensi adalah serendah 25ms serta 270Hz.

ROG Phone 3

Ia merupakan panel dengan HDR10+ serta 10 bit jadi ia juga turut sesuai sebagai paparan untuk kandungan selain bermain permainan.

Manakala memori, terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu 12GB/512GB dan 16GB/512GB. Ia dimuatkan dengan RAM dari jenis LPDDR5 serta UFS 3.1.

Untuk fungsi gaming khusus, terdapat ciri AirTrigger 3 dengan sensor sentuh ultrasonik. Selain itu, terdapat mod prestasi X Mode yang digunakan untuk mengubah tetapan lebih khusus untuk bermain.

WhatsApp Image 2020-07-22 at 23.06.50

Ia juga dimuatkan dengan sistem penyejukan GameCool 3 yang mempunyai rekaan kebuk wasap 3D lebih dikemaskini. Terdapat juga lapisan grafit di sebalik skrin untuk memudahkan pengaliran haba serta heat sink lebih luas untuk mengurangkan kepanasan peranti.

Untuk memastikan sesi bermain yang berpanjangan, 6000mAh dimuatkan. Terdapat 30W pengecasan pantas yang disalurkan melalui USB-Power Delivery.

Kali ini, kotak pembelian disertakan dengan alat penyejuk AeroActive Cooler 3. Ia mempunyai kipas yang lebih efektif untuk penyejukan. Padanya juga dimuatkan dengan bicu audio 3.5mm. Untuk makluman, pada peranti tidak terdapat bicu ini.

WhatsApp Image 2020-07-22 at 23.06.47

ASUS ROG Phone 3 ini masih dimuatkan dengan pembesar suara stereo. Ia dihalakan ke hadapan dan diletakkan pada bezel atas dan bawah peranti.

Cukup bercerita mengenai fungsi gaming, untuk kamera ia dimuatkan dengan 3 lensa – 64MP utama, 16MP makro, dan 13MP sudut lebar. Swafoto pula merupakan sensor 24MP.

WhatsApp Image 2020-07-22 at 23.06.53

ASUS ROG Phone 3 menjalankan perisian hampir Android asli dengan pelancar ROG UI ataupun ZenUI.

Terdapat satu lagi varian iaitu ASUS ROG Phone 3 Strix Edition. Ia sedikit lebih murah kerana menggunakan cip Snapdragon 865 serta varian RAM dan storan dalaman hanya 8GB/256GB.

WhatsApp Image 2020-07-22 at 23.06.46

Untuk harga, ia dijual bermula 799 Euro (~RM3,944) untuk pasaran Eropah. Mengenai ketibaannya ke pasaran Malaysia, ASUS turut berkongsi bahawa ia akan dilancarkan pada bulan September ini untuk pasaran tempatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY