Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG Phone 3 Akan Hadir Di Pasaran Malaysia 5 September, Pra-Tempah Strix Edition Bermula Hari Ini

ASUS ROG Phone 3 Akan Hadir Di Pasaran Malaysia 5 September, Pra-Tempah Strix Edition Bermula Hari Ini

Diterbitkan September 3, 2020 oleh Amsyar Latif

Umum mengetahui bahawa ASUS ROG Phone 3 telah diumumkan beberapa bulan yang lalu. Kini ia secara rasminya akan berada di pasaran Malaysia pada 5 September 2020.

ROGPhone3_FB event invitation

Asus juga mengumumkan bahawa pengguna boleh membuat pra tempah peranti ini. Namun, ia hanya untuk model asas STRIX yang hadir dengan 8GB RAM dan storan dalaman sebanyak 256GB.

1200x1200_preorder (1)

Pra tempah ini bermula pada 3 September dan tiada harga rasmi lagi buat peranti ini. Pelanggan juga akan dapat lighting case dan tempered glass secara percuma.

Jika anda berminat untuk mendapatkan peranti ini, anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM 999. Kemudian anda akan dapat kod baucer pada 5 September sebelum jam 6 petang.

Pre-order Steps

Anda perlu membuat pembayaran penuh pada jam 9.30 malam ke atas selepas harga rasmi diumumkan pada 9 malam 5 September. Gunakan kod yang diberikan untuk mendapatkan potongan RM 999 daripada harga asal.

Penghantaran peranti dijangka bermula 7 September 2020. Anda perlu melengkapkan bayaran tempahan sebelum 9 pagi pada 7 September.

Anda boleh membuat tempahan hanya di Lazada dan Shopee bermula 12am hingga 11.59pm pada 3 September 2020.

Untuk mengimbas kembali, ROG Phone 3 merupakan peranti gaming terbaik masa kini. Ia dijana dengan cip Snapdragon 865+, skrin 6.5 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY