Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Matrix GeForce RTX 5090  30th Anniversary Edition

ASUS Rai Ulang Tahun Ke-30 Siri Kad Grafik Dengan ROG Matrix GeForce RTX 5090

Diterbitkan Ogos 28, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan pelancaran ROG Matrix GeForce RTX 5090 sempena ulang tahun ke-30 siri kad grafik ASUS.

Model edisi khas ini sebagai menghormati legasi tiga dekad rekaan GPU ASUS.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada ASUS EN9800GT Matrix, namun tampil lebih moden dengan penyejuk hibrid tembaga-aluminium serta bingkai luar yang ringkas tetapi premium.

ROG Matrix GeForce RTX 5090 – ASUS Graphics Card 30th Anniversary Edition_Angled
Kad grafik ROG Matrix GeForce RTX 5090 ini telah diperkenalkan di Gamescom 2025.
ROG Matrix GeForce RTX 5090 – ASUS Graphics Card 30th Anniversary Edition_Angled Back
Sama ada dipasang secara mendatar atau menegak, kad ini dijangka mencuri perhatian.
ROG Matrix GeForce RTX 5090 – ASUS Graphics Card 30th Anniversary Edition_Front

Antara ciri utama kad grafik ini adalah dilengkapi sistem penyejukan dengan 4 kipas dan sokongan kuasa sehingga 800 watt.

Menariknya, bahagian hujung kad grafik ini direka berbentuk bulat dengan dua kipas bertindan.

Permukaannya pula dihiasi panel lutsinar berlapis yang mampu menghasilkan pencahayaan ala ‘infinity mirror‘, membawa kembali nostalgia ROG Matrix GeForce RTX 2080 Ti dahulu kepada peminatnya.

Walau bagaimanapun, ASUS tidak mengumumkan harga jualan bagi kad grafik  ROG Matrix GeForce RTX 5090 ini.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • GIGABYTE Lancar AORUS RTX 5090 AI BOX, eGPU RTX 5090 Pertama Di Dunia
  • Membina Masa Depan Dari Sisa Elektronik, Inspirasi Dari Buenos Aires

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY