Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Membina Masa Depan Dari Sisa Elektronik, Inspirasi Dari Buenos Aires

Membina Masa Depan Dari Sisa Elektronik, Inspirasi Dari Buenos Aires

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

Di Argentina, sekumpulan pencinta teknologi yang menamakan diri mereka Cyber Dumpster Divers mengubah sisa elektronik (e-sisa) menjadi produk baru yang berguna.

Contohnya konsol permainan diperbuat daripada kipas lama dan kamera daripada terminal pembayaran yang sudah usang.

Gerakan ini yang bermula pada 2019 melalui “dapur perkakasan”, berkembang pesat semasa pandemik Covid-19 apabila ramai memerlukan komputer untuk belajar serta bekerja.

Membina Masa Depan Dari Sisa Elektronik, Inspirasi Dari Buenos Aires
Pereka Yacki Lazzari berpose memegang figura yang dibuat dengan komponen elektronik terpakai dan tidak terpakai semasa Pertemuan Cyberciruja Persekutuan ke-3 di Buenos Aires pada 16 Ogos 2025. (Foto oleh Luis ROBAYO / AFP)

Aktiviti mereka ini dilihat sebagai bentuk pemberontakan terhadap “oligarki teknologi” dan penentangan terhadap status usang peralatan elektronik.

Mereka menghidupkan semula komputer lama menggunakan sistem operasi percuma, lalu menyumbangkannya kepada masyarakat.

Pada mesyuarat tahunan ketiga di Buenos Aires, bengkel menghidupkan semula telefon pintar rosak dan permainan konsol dengan Ventilastation* telah berjaya menarik perhatian ramai.

Membina Masa Depan Dari Sisa Elektronik, Inspirasi Dari Buenos Aires
Seorang lelaki bermain dengan terminal kad pembayaran yang diubahsuai menjadi permainan video semasa Mesyuarat Cyberciruja Persekutuan ke-3 di Buenos Aires, pada 16 Ogos 2025. (Foto oleh Luis ROBAYO / AFP)

Mereka juga mengajar kanak-kanak membina sensor suhu dan kawalan motor daripada e-sisa, sekli gus memupuk kreativiti dan kesedaran kitar semula dikalangan kanak-kanak sejak usia muda.

Bagi mereka, slogan “benda lama berfungsi” (“Old things work”) bukan sekadar kata-kata, tetapi simbol perjuangan dalam menentang budaya pembaziran dan ketergantungan terhadap teknologi baharu.

Membina Masa Depan Dari Sisa Elektronik, Inspirasi Dari Buenos Aires
Sebuah permainan video yang dibina daripada komponen elektronik terpakai dan tidak digunakan serta dikendalikan melalui telefon analog dirakam semasa Mesyuarat Cyberciruja Persekutuan ke-3 di Buenos Aires, pada 16 Ogos 2025. (Foto oleh Luis ROBAYO / AFP)

*Ventilastation adalah konsol permainan elektromekanik sumber terbuka dengan paparan, dibina untuk mencipta dan bermain permainan video. Ia direka sepenuhnya, diterbitkan dan dibina di Argentina.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • (Video) EV BYD Kini Yang Terpantas Di Dunia, Pecut Lebih 470Km/j
  • realme Perkenal Peranti Konsep Dengan Bateri 15,000mAh, Kipas Mini Terbina

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY