Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki Rusia Beli Kad Grafik RTX 5070 Ti, Tapi Dapat Botol Air Mineral 2L

Lelaki Rusia Beli Kad Grafik RTX 5070 Ti, Tapi Dapat Botol Air Mineral 2L

Diterbitkan Julai 31, 2026 ยท Dikemas kini Julai 31, 2026 oleh ariff bukhari

Seorang lelaki dari Rusia menghabiskan hampir 90,000 rubel (kira-kira RM4,300) untuk mendapatkan kad grafik idaman RTX 5070 Ti dari kedai Wildberries, tetapi yang sampai di tangannya adalah botol air mineral dua liter.

Terkesan dengan kisah malang rakan lain yang pernah membeli RTX 5080 dari kedai yang sama tetapi mendapat botol makanan tambahan, lelaki ini enggan berganjak dari kedai dengan memaksa pekerja kedai menyaksikan proses unboxing sambil dirakam rakan.

Lelaki Rusia Beli Kad Grafik RTX 5070 Ti, Tapi Dapat Botol Air Mineral 2L
Kes sebelum ini yang melibatkan seorang lelaki membeli kad RTX 5080 dan membukanya di rumah mendapati kad itu telah digantikan dengan bungkusan makanan tambahan.

Hasilnya, terbongkarlah taktik licik dan kali ini dia pula yang terkena menjadi mangsa.

Bayangkan dari perasaan teruja dan gembira mahu upgrade PC, bertukar menjadi kecewa dalam sekelip mata.

Apa yang lebih mengecewakan adalah, kes melibatkan mangsa sebelum ini seakan berlalu begitu sahaja tanpa mendapat kad grafik yang dipesan atau mendapatkan semula wang walaupun sudah 2 bulan berlalu.

Malah polis pun didakwa telah menutup aduan tanpa sebarang maklum balas.

https://x.com/diol2n/status/2082750221285548213?s=20

Berkaitan

  • MSI Dan Blizzard Lancar 2 Kad Grafik RTX 5070 Edisi Terhad
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Gergasi AI Didakwa Beli Jutaan Buku Kemudian Hapuskannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY