Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asus Pegasus 4S Diperkenalkan – Skrin Paparan 18:9 Dan Bateri 4030mAh

Asus Pegasus 4S Diperkenalkan – Skrin Paparan 18:9 Dan Bateri 4030mAh

Diterbitkan November 7, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Skrin paparan dengan nisbah 18:9 nampaknya semakin popular dalam kalangan pengeluar telefon pintar, dimana yang terbaru adalah Asus.

Semalam, syarikat berkenaan telah melancarkan peranti mereka yang pertama dengan nisbah paparan 18:9 dimana acara pelancarannya berlangsung di China.

Diberi nama Pegasus 4S yang hadir dengan skrin berukuran 5.7 inci, cip pemprosesan MediaTek MT6750T, RAM 3GB/4GB dan storan dalaman sebesar 32GB/64GB.

Asus Pegasus 4S Diperkenalkan – Skrin Paparan 18:9 Dan Bateri 4030mAh

Seperti kebanyakkan telefon pintar yang dilancarkan tahun 2017, Asus turut melengkapkan model ini dengan dwi kamera utama yang menggabungkan lensa 16MP dan 8MP. Dibahagian hadapan pula, lensa 8MP digunakan untuk menghasilkan gambar selfie.

Pegasus 4S dijana dengan bateri berkapasiti 4030mAh, pengimbas cap jari dibahagian belakang, sambungan mikroUSB, dan akan dioperasikan dengan sistem Android Nougat 7.0 terus dari kotak.

Telefon pintar ini akan mula dijual di China pada 9 November ini dengan 2 pilihan warna iaitu Emas dan Hitam. Masih belum dapat dipastikan tentang harganya, tetapi desas-desus mengatakan ia mungkin dijual dibawah paras $350 (~RM1479.27).

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY