ASUS akan mengadakan kempen jualan Mid-Year Tech Fiesta Sales Roadshow di Plaza Low Yat dari 30 Jun hingga 8 Julai 2025. Acara ini menyasarkan golongan pelajar, pemain permainan video, pekerja jarak jauh dan pengguna umum yang berminat dalam teknologi.
Antara tarikan utama adalah barisan komputer riba harian ASUS yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI), menggunakan pemproses terkini seperti AMD Ryzen AI, Intel Core Ultra dan Snapdragon. Peranti ini direka untuk membantu pengguna meningkatkan produktiviti harian dan kreativiti.
Bagi peminat permainan komputer, ASUS turut mempamerkan pelbagai model laptop gaming yang menawarkan prestasi grafik tinggi, kadar penyegaran pantas dan pengalaman visual yang imersif, sesuai untuk permainan kasual mahupun profesional.
Selain itu, ASUS turut memperkenalkan komputer meja dan PC All-in-One (AIO) yang bergaya dan menjimatkan ruang, sesuai untuk pengguna yang mementingkan prestasi, kebolehpercayaan dan reka bentuk moden dalam satu peranti.
ASUS juga menawarkan pelbagai promosi istimewa sempena roadshow ini, termasuk diskaun sehingga RM1,000, hadiah percuma untuk pembelian bernilai RM3,000 dan ke atas, serta tawaran eksklusif pembelian tambahan (Purchase With Purchase).
Antara tawaran menarik termasuk:
- ASUS VivoBook Go 15 – RM1,599 (harga asal RM1,899)
- ASUS Vivobook S 14 Flip OLED – dari RM3,299 (jimat sehingga RM800)
- ASUS ZenBook 14 Flip OLED – RM4,499 (jimat RM1,000)
- ASUS ExpertCenter D500SER Desktop – RM2,299 (jimat RM300)
- ASUS A3402WV AIO PC – dari RM2,399 (jimat sehingga RM600)
- ASUS Vivobook S 14/16 OLED – dari RM3,699
- ASUS TUF Gaming A15 FA506N – RM2,699
Hadiah dan tawaran tambahan termasuk:
- Hadiah percuma seperti ROG Wireless Gaming Mouse dan Keyboard untuk dua pelanggan terawal yang membeli model terpilih
- Kredit eWallet TnG bernilai RM40 untuk pembelian mana-mana model ASUS dengan pemproses Snapdragon
- PWP ASUS Wireless Silent Mouse MW103 pada harga RM9 (harga asal RM49)
- PWP ASUS Marshmallow Mouse MD100 pada harga RM19 (harga asal RM149)
- PWP ASUS Marshmallow Keyboard KW100 pada harga RM99 (harga asal RM179)
- PWP ROG SLASH Hip Bag BC3002 pada harga RM109 (harga asal RM519)
Jerayawara ini akan berlangsung di kawasan Concourse, Plaza Low Yat dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Pengunjung boleh mengikuti laman Facebook rasmi SNS Network untuk maklumat lanjut dan pengumuman promosi semasa.
{suggest}