Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Malaysia_1

Astro Turunkan Lebih 1.1 Juta Pautan Haram

Diterbitkan Mac 26, 2026 · Dikemas kini Mac 26, 2026 oleh Amalina Athman

Astro terus aktif memerangi cetak rompak dalam talian sepanjang tahun kewangan 2026 (FY26), selari dengan usaha bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta rakan industri lain, bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengakses kandungan melalui platform sah dan selamat.

Menurut Astro, syarikat telah mengalih keluar lebih 1.1 juta pautan haram, termasuk 1,667 kumpulan Telegram dengan jumlah keseluruhan 63.9 juta ahli.

Dalam platform e-dagang, 28,700 senarai yang mempromosikan peranti penstriman haram (ISD) dan aplikasi cetak rompak turut dialih keluar. Bagi penguatkuasaan komersial, syarikat itu berjaya memperolehi RM649,000 sebagai pampasan undang-undang dan pemulihan langganan daripada 15 kes di premis komersial.

Selain itu, Astro juga aktif dalam meningkatkan kesedaran awam, termasuk melalui penglibatan dalam Safer Internet Day 2026, bagi menekankan risiko yang berkaitan dengan penstriman haram seperti perisian hasad, phishing dan kecurian data.

Dalam perkembangan lain, syarikat itu mencatat hampir 20 bilion tontonan merentasi televisyen, radio, penstriman dan platform digital sepanjang tahun 2025. Kandungan tempatan dan vernakular menyumbang 81% daripada jumlah tontonan, meningkat 2% berbanding tahun sebelumnya.

Berkaitan

  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad
  • Astro Perlu Berubah Jika Mahu Kekal Relevan Dalam Era Penstriman
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Tiada Lagi Saluran HBO Di Astro Mulai 1 Mac 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY