Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Euan Smith, Group CEO, Astro One

Astro One Dilancar, Pakej Hiburan Terbaru Astro Pada Harga Serendah RM49.99

Diterbitkan Disember 9, 2024 · Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh ariff bukhari

Astro memperkenalkan Astro One, rangkaian tiga pakej hiburan yang dipermudahkan khas untuk isi rumah di Malaysia dengan harga bermula dari hanya RM49.99.

Pakej utama Astro One adalah seperti Entertainment Pack, Sports Pack dan Epic Pack menjadikan hiburan lebih mudah, fleksibel dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Pakej-pakej yang disediakan adalah:

  • Entertainment Pack: Menyediakan pelbagai hiburan tempatan untuk seluruh keluarga, termasuk rancangan Signature Astro seperti Gegar Vaganza dan Attam, Astro Originals seperti Project; Exit dan The Best of Us, rancangan kanak-kanak, serta program dari Korea, Cina, India, dan antarabangsa. 

Astro One Leaflet BM 1

  • Sports Pack: Pakej yang penuh dengan hiburan sukan untuk peminat sukan secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Nikmati pengalaman sukan terbaik selain kandungan-kandungan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.

Astro One Dilancar, Pakej Hiburan Terbaru Astro Pada Harga Serendah RM49.99

  • Epic Pack: Dicipta untuk semua, termasuk peminat filem, dengan akses ke Netflix, Max, Disney+ Hotstar, BBC Player, iQIYI, kandungan kanak-kanak dan pelbagai rancangan hiburan, di samping semua kandungan dalam Pek Sports dan Pek Entertainment. Para pelanggan boleh menonton rancangan popular dari rakan penstriman kami seperti Squid Game 2, Deadpool & Wolverine, Starlight Boys dan Nigella’s Amsterdam Christmas.

Astro One Dilancar, Pakej Hiburan Terbaru Astro Pada Harga Serendah RM49.99

Setiap pakej boleh disesuaikan dengan tambahan mudah, termasuk:

  • Lebih 11 aplikasi penstriman popular, seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South, dan banyak lagi. 
  • Pakej kandungan khas yang disesuaikan mengikut minat tertentu, seperti Variety, Kanak-kanak, Berita dan Dokumentari, Sports Extra, serta saluran HBO dengan kandungan Max. 
  • Perkhidmatan tambahan termasuk GO+, Multiroom, dan pilihan Jalur Lebar dengan kelajuan dari 100 Mbps hingga 800 Mbps. 

Astro One Leaflet BM 2 (1)

Para pelanggan boleh mengubah langganan mereka melalui aplikasi My Astro, termasuk mengemas kini pakej, menukar antara pilihan tambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih pek yang baharu pada bila-bila masa yang mereka mahu.

“Strategi keseluruhan Astro adalah untuk memastikan semua segmen penonton mendapat perhatian yang sewajarnya. Astro One direka khusus untuk keluarga, perkhidmatan penstrimannya, sementara sooka, lebih sesuai bagi individu yang mencari kandungan ringkas. Astro One merupakan satu pencapaian besar dalam misi Astro untuk terus kekal sebagai Destinasi Hiburan di Malaysia, menetapkan piawaian baharu dalam industri ini.” CEO Kumpulan Astro, Euan Smith.

Pakej Astro One sudah boleh dilanggani sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Max Kini Boleh Diakses Melalui Astro GO, On Demand
  • Pelanggan Astro Boleh Tonton Filem Astro First Secara Percuma

Sumber: Siaran media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY