Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
astro fibre_3

Astro Akan Hentikan Sementara Jualan, Pendaftaran Astro Fibre Mulai 1 Februari 2026

Diterbitkan Januari 13, 2026 ยท Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Astro kini mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan sementara jualan dan pendaftaran baharu untuk perkhidmatan Astro Fibre, berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan kami, Astro akan menghentikan jualan dan pendaftaran pelanggan baharu untuk Astro Fibre bermula 1 Februari 2026, sehingga kami berkongsi kemas kini seterusnya.

Menurut Astro, perubahan ini tidak akan menjejaskan pelanggan sedia ada, termasuk pengguna yang mendaftar sebelum tarikh tersebut.

Semua pelanggan Astro Fibre sedia ada akan terus menikmati perkhidmatan seperti biasa. Pelan semasa, bil bulanan, kualiti sambungan dan sokongan akan kekal tanpa sebarang gangguan, dan tiada tindakan diperlukan daripada pihak pengguna.

Selain itu, semua sokongan teknikal juga akan diteruskan seperti biasa. Ini merangkumi penyelenggaraan, pemindahan (relocation), pembaikan, penggantian peralatan dan pemasangan yang telah dijadualkan.

Pengguna juga masih boleh membuat permintaan menaik taraf atau menukar pelan.

Berkaitan

  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad
  • Astro Perlu Berubah Jika Mahu Kekal Relevan Dalam Era Penstriman
  • MCMC Pantau Ketelusan Kontrak Astro Libatkan Pengguna - Fahmi
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY