Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AstonMartin Dreadnought_01

Aston Martin Lancar SUV V12 Dalam Call of Duty: Modern Warfare 4

Diterbitkan Julai 17, 2026 · Dikemas kini Julai 17, 2026 oleh ariff bukhari

Aston Martin melangkah ke dunia maya dengan melancarkan SUV versi digital yang dinamakan Dreadnought.

Ia merupakan sebuah SUV ketenteraan digital dikuasakan enjin V12 yang direka eksklusif untuk permainan video Call of Duty®: Modern Warfare® 4.

Dicipta bersama pembangun game, Infinity Ward, kenderaan pacuan semua roda ini menggabungkan DNA prestasi mewah Aston Martin dengan reka bentuk ekstrem.

Nama “Dreadnought” diispirasikan daripada kapal perang ikonik British abad ke-20 yang membawa maksud “tidak takut akan apa-apa”.

SUV digital ini dikuasakan oleh ngauman enjin V12 tulen dan dilengkapi perisai kalis peluru gred tentera, tangki minyak rizab, serta ruang simpanan senjata khas.

AstonMartin Dreadnought_05
AstonMartin Dreadnought_02
In-Game_AstonMartin Dreadnought_06
In-Game_AstonMartin Dreadnought_08

Di sebalik rupanya yang garang, kemewahan jenama ini tetap ditampilkan menerusi papan pemuka kulit Oxford Tan, casis gentian karbon, dan tombol gear emas metalik.

Menurut Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman, cabaran membina jentera ini adalah untuk memastikan ia kelihatan tulen dan berpijak di alam nyata.

Pemain boleh memandu Dreadnought dalam mod DMZ dan Warzone apabila Modern Warfare® 4 dilancarkan secara global pada 23 Oktober 2026.

Model bersaiz penuh kenderaan digital ini turut dipamerkan buat kali pertama di acara Fanatics Fest, New York.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • ROG Raikiri II Pro PC Dilancar Dengan Panel Berwarna Dan Bateri Tahan Sehingga 79 Jam
  • LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY