Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

AS Tuduh China Curi Teknologi AI Mereka

Diterbitkan April 24, 2026 oleh ariff bukhari

Rumah Putih pada Khamis menuduh entiti dari China menjalankan usaha besar-besaran untuk mencuri teknologi kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat, dan berikrar akan mengambil tindakan bagi menghalang kecurian yang didakwa itu.

“AS mempunyai bukti bahawa entiti asing, terutamanya di China, menjalankan kempen penyulingan (distillation) berskala industri untuk mencuri AI Amerika,” kata ketua sains dan teknologi Rumah Putih, Michael Kratsios, dalam satu hantaran di platform X.

“Kami akan mengambil tindakan untuk melindungi inovasi Amerika.”

Penyulingan ialah amalan biasa dalam pembangunan AI, yang sering digunakan oleh syarikat untuk menghasilkan versi model mereka yang lebih kecil dan murah.

Pada Februari, pembangun AI dari AS, Anthropic, menuduh tiga firma China—DeepSeek, Moonshot AI dan MiniMax—menjalankan kempen untuk mengekstrak keupayaan chatbot Claude secara tidak sah, dan menyifatkannya sebagai kecurian harta intelek.

Pada bulan yang sama, pencipta ChatGPT, OpenAI, menghantar surat kepada penggubal undang-undang AS yang menuduh DeepSeek menggunakan teknik penyulingan dalam “usaha berterusan untuk menumpang keupayaan yang dibangunkan oleh OpenAI dan makmal AI termaju lain di AS.”

Kratsios tidak menamakan mana-mana entiti asing secara khusus dalam hantarannya, tetapi berkata mereka “menggunakan puluhan ribu proksi dan teknik jailbreak dalam kempen terselaras untuk mengekstrak secara sistematik pencapaian Amerika.”

Tuduhan ini muncul menjelang sidang kemuncak yang dirancang pada 14 Mei di Beijing antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iQIYI Dikecam Selepas Rancang Guna Wajah Pelakon Dijana AI
  • CATL Perkenal Bateri EV 255 Kg Lebih Ringan, Julat Sehingga 1,000 Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY