Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Presentation Visuals (3)

AI Boleh Bantu Reka Slaid, Tapi Tidak Hilangkan Rasa Gemuruh Gen Z Apabila Berucap

Diterbitkan September 9, 2026 · Dikemas kini September 9, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru oleh Canva mendedahkan bahawa walaupun 91% pekerja kini menggunakan AI setiap bulan untuk membina slaid, masalah utama masih kekal iaitu rasa gementar ketika berucap di khalayak ramai.

Berdasarkan laporan Canva bertajuk The Presentation Paradox, seramai 74% profesional mengaku berasa cemas ketika membuat pembentangan, dengan angka itu kini melonjak kepada 90% terutamanya dalam kalangan Gen Z.

Walaupun AI mampu menjimatkan masa, menghasilkan reka bentuk menarik, dan memberi idea kandungan, namun ia tidak dapat menggantikan keyakinan serta hubungan manusia yang diperlukan di atas pentas.

 

“Mungkin lebih mudah untuk menyiapkan pembentangan hari ini, tetapi bahagian yang paling penting bukanlah slaid. Ia masih memerlukan keupayaan seseorang untuk memujuk, mengajar, memberi inspirasi atau menggerakkan orang lain untuk bertindak. Lebih daripada itu, slaid sekadar ada untuk menyokong penyampaian, bukan sebaliknya.” Alli McKee, Ketua Suite Visual, Canva.

Stat Card_3
53% pekerja sudah menggunakan AI sebagai jurulatih pembentangan, manakala 55% sanggup membiarkan avatar AI menyampaikan bagi pihak mereka.
Stat Card_1
Namun, 71% responden masih tidak percaya AI boleh menggantikan kehadiran manusia.

Malah, 86% responden menegaskan bahawa pembentangan yang hebat bergantung kepada kehadiran dan sentuhan peribadi penyampai manusia.

Kajian turut mendapati, 68% percaya kemahiran pembentangan yang baik berkait rapat dengan peluang kenaikan pangkat atau gaji, manakala 80% menganggap kemahiran berucap secara bersemuka memberi kelebihan kompetitif dalam era AI.

Sementara lebih separuh (54%) pula melihat kebolehan berucap sebagai tanda potensi kepimpinan.

Kesimpulannya, AI semakin penting sebagai alat persediaan, daripada melatih, memberi maklum balas, hingga menjana nota ucapan.

Namun, kejayaan sebenar tetap bergantung pada manusia menerusi keberanian, keyakinan, dan kemampuan untuk menghubungkan emosi dengan khalayak.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kesetiaan Makin Pudar, 58% Pengguna Tidak Lagi Kisah Jenama Terkenal
  • Pelancaran iPhone 18 Dan iPhone Boleh Lipat Jadi Ujian Sulung CEO Baharu Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY