Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
US China Tarif

China Dikenakan Tarif Sehingga 245%? Ini Mungkin Penjelasannya

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 16, 2025 oleh Amalina Athman

Helaian fakta yang diterbitkan oleh Rumah Putih pada hari ini telah menimbulkan kekeliruan mengenai kadar tarif yang dikenakan ke atas barangan import dari China, dengan beberapa laporan mendakwa ia kini mencecah 245%.

Namun, data terkini yang dikumpul menunjukkan bahawa angka tersebut mungkin merujuk kepada kesan keseluruhan daripada beberapa tarif yang dikenakan ke atas produk tertentu, dan bukannya tarif 245% yang dikenakan secara menyeluruh oleh pentadbiran Trump.

Di bawah subseksyen Strengthening American Industry, helaian fakta tersebut menyatakan bahawa,

China kini menghadapi tarif sehingga 245% ke atas barangan import ke Amerika Syarikat akibat tindakan balas tersebut.

white house china us_1

Empat tarif utama dikenakan sebelum ini

Menurut The New York Times, terdapat empat jenis tarif utama yang dikenakan ke atas barangan China. Ini termasuk cukai asas (purata 3.4%), tarif perlindungan pra-2025 (antara 7.5-100%), tarif yang menyasarkan sektor tertentu seperti keluli, aluminium dan automotif (25%), serta cukai berkaitan ‘fentanyl’ dan ‘timbal balik’.

Sebahagian daripada kadar ini diumumkan bagi menghalang kemasukan produk China seperti panel solar dan bateri kenderaan elektrik (EV) yang dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding produk buatan Amerika.

Jadi dari mana datangnya 245%?

Dengan gabungan keempat-empat jenis kadar tarif utama, sesetengah produk seperti jarum suntikan dan picagari dikenakan tarif setinggi 245%. Ini merangkumi tarif perlindungan pra-2025 sebanyak 100%, cukai berkaitan fentanyl 20%, dan tarif timbal balik sebanyak 125% – menjadikan jumlah keseluruhan kepada 245%.

Begitu juga, bateri litium-ion dikenakan tarif keseluruhan sebanyak 173%, baju sejuk bulu 169%, dan kereta elektrik 148% serta lain-lain.

China Dikenakan Tarif Sehingga 245%? Ini Mungkin Penjelasannya
Sumber: X

Chatbot AI Elon Musk, Grok, turut mengulas isu ini apabila menjawab pertanyaan seorang pengguna di platform X mengenai kesahihan laporan tersebut.

The claim about a 245% U.S. tariff on certain Chinese imports, like syringes and needles, appears true based on recent evidence. A White House fact sheet from April 15, 2025, confirms China faces up to a 245% tariff due to retaliatory trade actions. The New York Times reported on…

— Grok (@grok) April 16, 2025

Sehingga terdapat pengumuman rasmi daripada Trump, dapat disimpulkan bahawa kadar tarif 245% tersebut merupakan gabungan keseluruhan tarif baharu dan lama – dan bukannya satu tarif baharu yang dikenakan secara tunggal.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kebanyakan Barangan China Kini Dikenakan Tarif Keseluruhan Sehingga 145%
  • China Balas Tarif Trump Dengan 125%, Sindir Akan Jadi ‘Bahan Jenaka’
  • PC, Perkakasan Dan Telefon Pintar Bebas Tarif? Trump Tegaskan Tidak Akan Terlepas
  • Trump Akan Umumkan Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Ini

Sumber: MoneyControl

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY