Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aria gen 2

Bukan Sekadar Cermin Mata, Aria Gen 2 Adalah Makmal AI Bergerak

Diterbitkan Jun 5, 2025 ยท Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Bayangkan sepasang cermin mata yang bukan sahaja merakam apa yang anda lihat, tetapi juga tahu ke mana anda sedang fokus, mengesan perubahan degupan jantung anda, dan menjejak pergerakan tangan anda dalam ruang 3D. Semuanya secara langsung, tanpa sambungan ke awan.

Itulah keupayaan Aria Gen 2, cermin mata penyelidikan terkini daripada Meta yang menghimpunkan kamera HDR, sensor biometrik, mikrofon sentuhan dan pemproses AI dalam satu peranti boleh pakai seberat hanya 76 gram.

Diperkenalkan awal tahun ini di bawah inisiatif Project Aria, Aria Gen 2 bukan untuk pengguna biasa. Ia direka khusus untuk penyelidik dalam bidang AI kontekstual, persepsi mesin dan robotik di mana ia adalah sebagai alat untuk mengumpul data dunia sebenar dan membina sistem pintar yang lebih memahami manusia dan persekitarannya.

Meta kini berkongsi secara rasmi spesifikasi teknikal penuh peranti ini, termasuk peningkatan dari segi kamera, sensor, prestasi on-device compute dan keselesaan pemakaian.

Apa Itu Aria Gen 2?

aria gen 2

Aria Gen 2 merupakan peranti boleh pakai yang ringan, dengan berat sekitar 74 hingga 76 gram bergantung kepada saiz, dan dilengkapi dengan pelbagai sensor, kamera serta keupayaan pemprosesan AI terus dalam peranti (on-device).

Reka bentuknya juga lebih praktikal berbanding versi terdahulu kerana mempunyai lapan saiz berbeza dan boleh dilipat untuk penyimpanan mudah. Peranti ini direka untuk membolehkan penyelidik mengumpul data dan membina prototaip dalam pelbagai situasi dunia sebenar.

Antara Ciri Utama:

  • Empat kamera visi komputer (HDR) untuk penjejakan 3D objek dan tangan
  • Penjejakan mata untuk menganalisis perhatian dan interaksi visual
  • Sensor kadar jantung dan mikrofon sentuhan untuk data kesihatan dan audio bersih dalam suasana bising
  • Sensor cahaya sekeliling untuk penyesuaian pencahayaan automatik
  • Penyelarasan masa sub-milisaat melalui teknologi radio SubGHz
  • Pemprosesan AI dalam peranti, termasuk SLAM dan 6DOF tracking, tanpa perlu akses awan

Aria Gen 2 kini digunakan oleh pasukan dalaman Meta dan rakan penyelidik dari institusi akademik serta industri teknologi. Permohonan untuk mendapatkan akses akan dibuka menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, versi Aria Gen 1 masih ditawarkan kepada penyelidik melalui program Aria Research Kit.

Meta juga akan mempamerkan Aria Gen 2 secara interaktif pada acara CVPR 2025 di Nashville, memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana teknologi ini boleh mengubah cara kita membina sistem AI dan robotik masa depan.

Aria Gen 2 bukan sekadar cermin mata pintar biasa, sebaliknya ia adalah platform penyelidikan canggih yang membuka potensi baharu dalam pembangunan AI yang lebih faham konteks dan tingkah laku manusia. Meta menjadikannya satu langkah besar ke arah era teknologi boleh pakai yang benar-benar bijak dan bersifat penyelidikan mendalam.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Meta Bangunkan Cermin Mata AI Yang Kenal Wajah & Jejak Aktiviti Harian
  • 1 Bilion Dah Guna Meta AI, Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna
  • Meta Akan Bangunkan Cermin Mata Pintar Untuk Tentera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY