Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Kali Pertama Apple Tewaskan Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Global

Buat Kali Pertama Apple Tewaskan Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Global

Diterbitkan Januari 16, 2024 oleh Amalina Athman

Buat pertama kalinya, Apple mengatasi Samsung sebagai pengeluar telefon pintar global teratas pada tahun 2023, berdasarkan data awal daripada firma penyelidikan pasaran IDC.

Jika data itu tepat, ia merupakan kali pertama Samsung kehilangan tempat teratas kepada syarikat lain dalam tempoh 13 tahun. Pada tahun 2010, Nokia telah memegang tempat teratas, sementara Samsung di tangga kedua. Apple ketika itu tidak pun berada dalam senarai lima teratas.

Berkaitan

  • Apple App Store Dilapor Akan 'Berpecah Dua'

Walaupun IDC mengatakan data awal itu tertakluk kepada perubahan, agensi penyelidikan Canalys turut menyenaraikan Apple di tempat teratas bagi tahun 2023.

Berdasarkan data awal IDC, Apple mempunyai jumlah penghantaran sebanyak 234.6 juta unit, berbanding Samsung dengan 226.6 juta unit. Apple dan Samsung masing-masing memegang 20.1% dan 19.4% pasaran telefon pintar global.

Apple_IDC shipment 2023
IDC 2023
IDC 2010 Shipment
IDC 2010

Apple juga merupakan satu-satunya syarikat dalam tiga teratas yang mencapai pertumbuhan positif tahun ke tahun, meningkatkan penghantaran daripada 226.3 juta unit kepada 234.6 juta unit.

Sementara Xiaomi, OPPO dan Transsion melengkapkan senarai lima teratas dengan jumlah penghantaran sebanyak 145.9 juta, 103.1 juta dan 94.9 juta unit telefon pintar.

Walaupun keseluruhan penghantaran telefon pintar merosot 3.2% pada 2023 berbanding 2022, terdapat tanda-tanda bahawa pasaran mungkin pulih daripada kemerosotannya. IDC melaporkan bahawa penghantaran meningkat 8.5% tahun ke tahun pada suku keempat, manakala Canalys mencatatkan peningkatan 8% selepas penurunan tujuh suku berturut-turut.

Sumber: IDC, via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY