Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Umum Cip M4 Max – 16 Teras CPU, 40 Teras GPU

Posted on Oktober 30, 2024Oktober 30, 2024

Selepas pengenalan iMac dan Mac mini dengan cip M4, Apple hari ini mengumumkan cip pemprosesan terbaru, iaitu M4 Max.

Cip 3nm ini menawarkan lebih banyak teras CPU dan GPU berbanding M4 Pro.

M4 Max hadir dengan 16 teras CPU yang terdiri 12 teras prestasi dan 4 teras kecekapan. Ia secara tidak langsung adalah 2.2 kali ganda pantas berbanding cip M1 Max dan 2.5x lebih pantas berbanding cip AI PC terkini.

Untuk GPU pula, ia menawarkan 40 teras yang mana 1.9x lebih pantas berbanding M1 Max dan 4x lebih pantas berbanding cip AI PC terkini.

Menurut Apple, penggunaan DaVinci Resolve Studio seperti menyunting nyah-hingar video RAW boleh dilakukan dalam masa nyata.

Selain itu, cip ini menyokong sehingga 128GB unified memory dan kelajuan lebar jalur adalah sehingga 546GB/s.

Ia turut menyokong Thunderbolt 5 dengan kemampuan sehingga 120Gb/s bagi pemindahan data.

Cip M4 Max ini bakal menguasakan MacBook Pro terbaru.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress