Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walau 2 Tahun Beza, iPhone 14 Tawar Kelajuan 5G 47% Lebih Laju Berbanding iPhone 12

Apple Akur, Turunkan Kuasa Frekuensi Radio iPhone 12 Di Seluruh EU

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh ariff bukhari

Apple mengumumkan akan menurunkan kuasa pemancar radio pada model  iPhone 12 di seluruh EU menerusi kemas kini perisian yang bakal diedarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Langkah ini menyusul selepas keputusan Suruhanjaya Eropah yang mengesahkan dapatan pihak berkuasa frekuensi radio Perancis (ANFR), bahawa iPhone 12 tidak memenuhi piawaian kesihatan.

Pada 2023, ANFR pernah mengarahkan penjualan iPhone 12 dihentikan kerana didapati memancarkan gelombang elektromagnetik berlebihan apabila dipegang di tangan.

Apple ketika itu hanya mengeluarkan kemas kini untuk Perancis, tetapi kini perlu meluaskan penyelesaian ke seluruh EU.

Walaupun Apple tetap tidak bersetuju dengan kaedah ujian ANFR, syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan menghormati keputusan Suruhanjaya Eropah. Menurut Apple, pengguna masih boleh menggunakan iPhone 12 dengan  yakin seperti biasa.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1
  • Huawei Lancar Storan AI SSD Untuk Pusat Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY