Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI SSD HUAWEI 2

Huawei Lancar Storan AI SSD Untuk Pusat Data

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh ariff bukhari

Huawei melancarkan tiga produk baharu dalam kategori storan pintar yang digelar sebagai  “AI Solid-State Drive (SSD)” di Shanghai.

Dr. Yuefeng Zhou, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Penyimpanan Data berkata, siri OceanDisk EX 560, OceanDisk SP 560 dan OceanDisk LC 560 ini adalah SSD berprestasi tinggi yang dibangunkan bagi mengatasi masalah prestasi dan kapasiti memori tradisional, sekali gus meningkatkan keberkesanan latihan AI serta pengalaman inferens.

AI SSD HUAWEI 1

Huawei menegaskan ia adalah syarikat pertama yang memperkenalkan konsep AI SSD, di mana peranti storan bukan sahaja berfungsi sebagai penyimpanan data, tetapi turut dioptimumkan untuk mempertingkat keberkesanan pengkomputeran AI.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran SSD ini, Huawei mengumumkan kerjasama dengan Jawatankuasa Penyimpanan Data Persatuan Standardisasi Elektronik China serta Institut Penyelidikan Kecerdasan Buatan Shanghai untuk menubuhkan Persekutuan Inovasi AI SSD.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama industri dan inovasi dalam ekosistem AI.

AI SSD HUAWEI
AI SSD HUAWEI 3

Langkah ini hadir ketika Huawei mempercepatkan strategi membina ekosistem AI menyeluruh, di tengah-tengah lonjakan permintaan global serta ketegangan teknologi antara AS dan China.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia
  • MSI Perkenal PC Permainan Terbina Skrin Sentuh 13 Inci

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY