Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Tampal 18 Kelemahan Keselamatan Dalam iOS 17.1

Apple Tampal 18 Kelemahan Keselamatan Dalam iOS 17.1

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini utama pertama sejak ia melancarkan iOS 17 pada September. Kemas kini iOS 17.1 hadir dengan sejumlah tampalan sekuriti.

Seperti biasa, Apple telah berkongsi perincian mengenai kemas kini keselamatan di laman webnya.

Berkaitan

  • Apple Naikkan Harga Langganan Apple One, Apple Arcade
  • iOS 17.1 Kini Dilepaskan, Ini Antara Yang Baharu

Tampalan keselamatan dalam iOS 17.1 melibatkan pembetulan pepijat pada Contacts, Find My, Kernel, Passkeys, Photos, Siri, Weather, Webkit dan banyak lagi. Berikut merupakan antara kelemahan keselamatan yang disenaraikan.

ios 17.1_b
ios 17.1_a

Secara keseluruhan, Apple membuat tampalan 18 kelemahan keselamatan. Namun, tiada laporan yang diketahui jika kelemahan keselamatan itu dieksploitasi secara aktif, sebelum Apple mengeluarkan tampalan dalam iOS 17.1.

Walaupun begitu, pengguna disaran untuk melakukan kemas kini dengan segera. Untuk melihat senarai penuh kemas kini keselamatan, pergi ke pautan INI.

Sementara itu, selain tampalan keselamatan, Apple turut menyediakan sejumlah ciri baharu serta penambahbaikan dalam iOS 17.1.

  • Beli produk Apple di Shopee: https://invl.io/clk4rme
  • Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clk4rmg

Sumber: Apple via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY