Apple Store Kini Menyediakan Pra-Tempah Aplikasi

Apple melalui laman rasmi mereka telah mengumumkan platform Apple Store kini telah menyediakan fungsi pra-tempah aplikasi bagi pembangun.

Menerusinya, pembangun boleh membuka pra-tempah aplikasi mereka kepada pengguna 90 hari sebelum tarikh sebenar ia ditawarkan kepada umum. Tidak kira sama ada ia aplikasi berbayar ataupun percuma.

Pada hari penawaran kepada umum, pengguna yang sudah membuat pra-tempah akan diberikan notifikasi dan sejurus selepas itu, aplikasi akan dimuat turun secara automatik.

Bagi pra-tempah aplikasi berbayar pula, sebelum muat turun, pengguna akan dikenakan cas terlebih dahulu.

Dengan pengenalan pra-tempah di App Store ini, ia memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak, pengguna dan juga pembangun.

Pembangun dapat menarik perhatian pengguna lebih awal dengan aplikasi yang bakal hadir. Manakala pengguna boleh menjadi yang terawal menikmati aplikasi tersebut.

Sumber: Apple