Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
repair phone iphone (1)

Beli Alat Ganti Tulen Dari Kedai Apple Dan Pasang Sendiri Kini Jadi Realiti Di 8 Negara

Diterbitkan Disember 7, 2022 · Dikemas kini Disember 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Apple mengumumkan Self Service Repair atau Baik Pulih Layan Diri kini tersedia di 8 lapan buah negara Eropah iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Sepanyol, Sweden dan UK.

Barang-barang seperti alat ganti tulen, perkakasan bersama manual boleh didapati di Self Service Repair Store yang sudah dibuka beberapa bulan lepas.

Lebih 200 perkakas dan alat ganti tersedia melalui kedai baik pulih layan diri Apple ini dan ia adalah sama seperti yang digunakan di Apple Store dan Apple Authorized Service Providers.

Berkaitan

  • Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian 'Ori' Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah
  • Harap Android Pun Boleh Tiru Servis Apple Untuk Baiki Telefon Sendiri
  • Apple Studio Display, Monitor Dengan 'Webcam' 12MP Dijual Bermula RM6,999
  • 'Self Service Repair Store' Dilancarkan, Boleh Baiki Sendiri iPhone
  • Ini Kos Ganti Dan Baik Pulih Jika Skrin, Bateri iPhone Anda Rosak
  • Ini Harga Yang Perlu Dibayar Jika Skrin Dan Bahagian Belakang iPhone 14 Anda Pecah

Bagaimanapun, perkhidmatan layan diri ini digalakkan untuk mereka yang berpengalaman membaiki peranti.

Kit perkakasan boleh disewa serendah $49 dan ia dihantar secara percuma. Ia sesuai untuk pengguna yang hanya mahu menggunakannya sekali saja.

Antara peranti yang boleh dibaiki melalui program ini ialah iPhone 12, iPhone 13. iPhone SE (2022), MacBook dengan cip M1.

Namun, peranti yang tidak disokong ialah iPhone 14 dan MacBook Air M2.

self service repair

Menurut GSMArena, harga alat ganti di Jerman bermula antara €77 (~RM355) untuk pakej penggantian bateri iPhone 13 hingga €330 (~RM1521) untuk pakej pemasangan paparan.

Di UK pula, masing-masing berharga £70 (~RM374) dan £282 (~RM. Selain itu, pengguna juga mendapat kredit jika anda memulangkan alat ganti anda kepada Apple.

Bilakah ia akan tiba di Malaysia? Pada pandangan saya, lama dan jauh lagi perjalanannya.

Sebelum ia tiba di Malaysia, ia pastinya tersedia terlebih dulu di negara Asia lain seperti Singapura yang mempunyai Apple Store.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY